Khamis, 26 September 2013

GAMBAR PERNIKAHAN ADAM AF DAN FIZA ELITE


  Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau sekarang dikenali dengan nama Fiza Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam AF, 30 pada jam 10.30 pagi tadi bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.

Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan majlis dimulakan dengan khutbah nikah oleh Suhaimi. Pasangan ini yang mengenakan putih ini turut kelihatan sepadan bagai pinang dibelah dua.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza Elite dan perkahiwinan pertama bagi Adam AF selepas Fiza Elite pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.


   
  














Mengingkap perkenalan Adam dan Fiza

Sejak pertemuan pertama kali pada Ramadhan kelima, hati Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman sudah terpaut & selepas pertemuan kali kedua Adam meluahkan hasrat untuk memperisterikan bekas ahli Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim.

Menurut Adam AF selepas melihat gambar profil Facebook mengenakan hijab yang dimuat naik sangkaan awal Adam bahawa dia mungkin bertudung kerana lakonan ternyata meleset apabila mengetahui bahawa Fiza ketika itu sudah terbuka hati untuk berhijab.

“Selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar, untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula pelawaan saya disapa baik oleh Fiza”
“Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk daripada Allah,” ujar Adam AF.
Tanpa mahu melambat lambatkan proses perkenalan Adam AF lantas membawa Fiza bertemu keluarganya dan ibunya juga terbuka hati melihat kelembutan Fiza yang juga pandai mengambil hati keluarganya — mereka juga tidak kisah akan status janda Fiza Elite.

Keserasian yang ada pada Adam dan juga anaknya turut diakui bahawa antara sebab Fiza Elite menerima lamaran tersebut



nota noti : 2 hari lepas el bc kisah diorg..mmg terkejut..xsgka diorg ni bercinta n xtau pun yg Fiza ni ibu tunggal..alhamdulilahhh...seronoklah tgk diorg ni kahwin..mmg no publisiti tup2 nikah hehehe..sejuk je mata tgk diorg ni kahwin..smoga bahagia hingga ke Jannah :)

12 ulasan:

  1. tahniah..
    tu la tk sgka adam n fiza..hehe..
    alhamdulillah jodoh mereka...

    BalasPadam
  2. Suka jugak..
    Moga perkahwinan berkekalan...
    Bersih jek muka adam tu
    Teringat bandangan masa dlm af hehe

    BalasPadam
  3. bagus dorang ni, xde pon gosip2..tup2 dah nikah ..alhamdulilah, semoga kekal ke akhir hayat hendaknya ;)

    BalasPadam
  4. Sempoi jer dorang ni kan, majlis pun simple tak sesak mata nengok. Moga bahagia and Blessed forever.

    BalasPadam
  5. kalo dh jodoh tak ke mana...
    kalo dh jodoh...siapa sangka...
    doa yg baik2 utk mereka.

    BalasPadam
  6. semoga kekal hingga akhir hayar...

    isi tabung education

    http://www.noormalashahar.com.my

    BalasPadam
  7. nyue suka cara mereka nie, mrk hebahkn psl nk kawin 2 hr dr tarikh nk kawin.. xde gosip, xde apa2 publisiti murah.. kawin pn pakai simple, cantik dan mengikut islam...

    BalasPadam
  8. aku la lagi terkejut tenuk beb. mcm caya ngan idak je berita ni. bTW doakan dorang bahagia hingga ke jannah

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah ... Cantik nyer Fiza ... Tak sangka plak dia orang berdua eak ... Semoga berkekalan ...

    BalasPadam
  10. i'm happy for them! semoga kekal bahagia hingga ke Jannah...suka sgt dgn perkahwinan derang yg takde publisiti...dan sgt simple bertepatan dgn syariat Islam :D

    BalasPadam