Rabu, 25 September 2013

FIRA AYUNI



 
TERBITAN: Temenggong Pictures Sdn Bhd SLOT: Samarinda EPISOD:15 MULAI:24 September MASA: 10 Malam HARI: hari isnin hingga rabu PENGARAH: Azma Aizal Yusoof PELAKON: Faralyna Idris (Fira Ayuni), Azlee Khairi (Duqqi Amani), Shah Iskandar (Hadi Herwan), Intan Ladyana (Rozita), Datuk Eizlan Yusof (Datuk Fahmi) dan Fazlina Datuk Ahmad Daud (Datin Shamsiah)



SINOPSIS FIRA AYUNI

Fira Ayuni mengisahkan seorang anak tunggal dalam keluarga ahli perniagaan berjaya, Datuk Fahmi dan Datin Shamsiah. Sejak dari kecil Fira sudah menunjukkan minatnya pada bidang muzik.
 
Apabila remaja, Fira Ayuni yang boleh bermain piano sangat aktif dalam muzik terutama penciptaan lagu. Bagaimanapun, dia melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan kerana bercita-cita menjadi ahli perniagaan berjaya seperti bapanya.
 

Di kolej, Fira sering diganggu oleh seniornya, Duqqi Amani. Sejak minggu orientasi lagi, Duqqi sering dilihat suka mencari pasal dengan Fira.

Ketika itu, Fira hanya mengikut saja arahan Duqqi yang menjadi fasilitatornya. Namun, selepas minggu orentasi, Fira mula berubah menjadi agresif dan melawan.


Duqqi juga berasal dari keluarga berada yang mengusahakan perniagaan import dan eskport peralatan muzik di samping mempunyai galeri menjual alat muzik dan studio jamming sendiri.

Perwatakan Duqqi bukanlah jahat tetapi dia sangat nakal.

Apapun, kebahagiaan Fira Ayuni mula direntap selepas ibunya meninggal dunia akibat barah.

Datuk Fahmi tidak dapat menerima hakikat itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sibuk dengan perniagaan. Beliau juga tidak mempedulikan Fira lagi.

Malah, bapanya juga menghalang Fira bermain muzik hingga Fira membuat keputusan keluar dari rumah keluarganya dan membina hidup sendiri. Fira kemudian bekerja dengan Nusantara Holding yang diuruskan Hadi Herwan yang juga abang kepada Duqqi.
 

Sikap Hadi yang baik membuatkan Fira jatuh hati padanya. Malangnya, Fira ditangkap khalwat dengan Duqqi di studio jamming kerana rancangan jahat Rozita.

Rozita sukakan Hadi tetapi cintanya tidak di balas. Hadi terpaksa melepaskan cintanya terhadap Fira selepas insiden itu.


Fira dan Duqqi yang dipaksa kahwin selepas mereka ditangkap khalwat menjalani kehidupan masing-masing secara berasingan. Ini kerana, tiada cinta di antara mereka

Apakah seterusnya yang berlaku pada perhubungan Fira dan Duqqi? Apakah Hadi akan memiliki semula cinta Fira? Bagaimana pula dengan rancangan jahat Rozita?

Semua konflik dan ranjau kehidupan yang harus dilalui Fira ini terjawab dalam drama Fira Ayuni. Pun begitu, mampukah Fira mendapat restu bapanya untuk mencipta nama sebagai seorang komposer berjaya?
 


nota noti : smlm dah start cite ni..el layan dulu lau x best el terus tido..tp smpai abis el tgk..means drama ni best w/pun epi pertama hehe 
kecewa ngan drama Nur Jannah sbb ending smlm kenapa Jannah x pergi jpa family dia eh..adoii mcm tergantung pulak then..kut ye pun 9tahun diorg berpisah kan..pak su dia tu kenal dah dgn Jannah..takanlah selama tu diorg xjpa (izaryl ngan paksu)..bolehlah paksu tu g bw Izaryl jpa Jannah ngan keluarga dia...tp time Izaryl ngan Jannah kembali bersama tu..scene sebak skit..ekeke el pun terus sebak2 tgk diorg ngis kehkehkeh..kira berkesanlah lakonan diorg :)

8 ulasan:

  1. selamat menonton yer k.el. liya dh lama xtgk tv. skrg ayah dok layan tv alhijrah ja tiap malam so memang xleh nak tengok la. hehehee

    BalasPadam
  2. ko lekat ngan citer baru ni pulak ke el..

    BalasPadam
  3. Ah ah..ending cinta jannah x best..huuu...

    BalasPadam
  4. pakebenda drama pun aku tak leh nak layan beb. amkik ke deme dua orangtu je TV. sob..sob..

    BalasPadam
  5. slalu jgk folo instagram faralyna ni tgk dia shooting fira ayuni..main jgk akhirnya drama ni..hihi

    cita jannah ni memang!!sampai semilan taunnnn..lama kemain!suka wat cita xlogik..haishhh

    BalasPadam
  6. tgk sinopsis citer ni mcm best jer..
    tp tu laa...akak ni tak mampu nk ikut semua episod..

    BalasPadam
  7. hurmmm gitulah kisah melayu ..
    selepas cinta jannah , macam malas nak tgk citer melayu dah huhuh

    BalasPadam
  8. Baru tengok one of their episode semalam, boleh tahan juga but I'm not a fan. Macam dah tahu je jalan cerita ini menuju ke mana.

    BalasPadam