Khamis, 29 Ogos 2013

UTAMAKAN SEDEKAH ATAU HARTA

smlm el ada terbaca kat status fb kwn mengenai "berebut-rebut kumpul harta dulu atau kumpul sedekah?mana satu pilihan anda untuk saham akhirat"

menarik betul tajuk dia kan :)

so apa komen el: sedekah dulu

kenapa el cakap cam tu sbb sedekah adalah saham akhirat..uols xnak ke kumpul pahala banyak2..harta tu boleh pelan2 cari..bkn kata harta tu xpenting..yes penting tuk masa depan..specially tuk anak2 kan..tp kita hidup x lama..sedekah ni xkira anda kaya ke miskin ke..ajal maut pun xkira waktu...lgpun sedekah ni xkira wang atau harta...byk cara lagi..sumbangan pakaian, makanan, dan byk lagi..jgn kita sibuk nak kumpul harta sampai lupa nak sedekah..sedekah sekadar yang mampu..nti dah kaya dah lupa semuanya..sllu mmg terjadi mcm ni :) so beringat2 sebelum kita alpha..saham akhirat sgt berharga dr saham duniawi..peringatan tuk diri sendiri jugak

cm mn pendapat uols?share plis

ok nak share satu ulasan mengenai sedekah..baca tau! 




Hari ini kita akan membincangkan tentang sedekah. Berbeza dengan zakat, sedekah hukumnya sunat, dan tiada had tertentu. Zakat ada asnafnya, tapi sedekah boleh diberi kepada semua orang. Sedekah ada berbagai bentuk dan tidak semestinya dalam bentuk wang sahaja. Perbuatan baik hatta senyuman sekalipun boleh dikira sebagai sedekah. Orang yang bersedekah akan didoakan malaikat. Orang yang kedekut pula akan didoakan keburukan oleh malaikat seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi saw. bersabda, “Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, ‘Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya.’ Kemudian malaikat yang satu berkata, ‘Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil.”

Untuk setiap sedekah yang dikeluarkan, Allah janji akan ganti balik. Oleh itu, kita tidak perlu ragu-ragu kerana janji Allah pasti besar. Namun, perlu diingat yang Allah tidak semestinya menggantikan dalam bentuk yang sama, tetapi mungkin dalam bentuk kesihatan, umur yang panjang, terselamat daripada musibah dan seumpamanya.

Dari Abu Hurairah r.a. Berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Seseorang manusia mengatakan,
"Hartaku, hartaku!. Yang menjadi kepunyaannya daripada harta itu hanya tiga. Apa yang dimakannya, telah dihabiskannya dan apa yang dipakainya, telah menjadi usang atau dinafkahkan (untuk kebaikan) telah disimpannya (untuk hari kemudian). Selain dari itu akan lenyap dan tinggal untuk orang lain. (Hadith sahih riwayat Muslim)

Daripada hadis ini jelas bahawa apa yang kita makan atau pakai sahaja yang menjadi harta kita, apa yang kita sedekah akan menjadi saham akhirat dan apa yang kita kumpul dan tinggalkan akan menjadi milik orang lain. Oleh itu, tak perlulah kita kumpul harta dan simpan di bank banyak-banyak.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Kenapa manusia sukar untuk bersedekah?
J: Ketika manusia lahir, bersamanya ada malaikat dan syaitan. Syaitan akan mengajaknya kepada kemungkaran dan malaikat mengajak kepada kebaikan. Sebenarnya ketika nyawa sampai di halkum, manusia akan merayu-rayu untuk dipanjangkan umur agar dapat bersedekah. Kenapa sedekah? Itu bermakna sedekah itu tinggi nilainya untuk kehidupan akhirat.

S: Bolehkah bersedekah dengan duit yang haram?
J: Tidak boleh. Menurut hadis Nabi SAW yang bermaksud daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, hanyaa neraka yang layak untuknya.

S: Bagaimana menggunakan duit yang diragui sumbernya?
J: Boleh beri kepada pihak masjid/surau tetapi perlu dinyatakan bahawa sumbernya diragui agar mereka dapat menggunakan untuk tujuan umum seperti membina tandas, pagar, jalan dan seumpamanya.

S: Jika kita mengetahui seseorang terlibat dengan kerja haram, dan dia bersedekah kepada surau/masjid. Adakah AJK masjid boleh menerima sedekahnya?
J: Kita tidak tahu sumber wang yang disedekahkannya. Kita boleh ambil hukum syarak yang kita tidak tahu dan tidak pula diminta menyiasat. Oleh itu bolehlah digunakan wang itu seperti biasa. Namun, jika kita ragu-ragu, gunakan wang itu untuk kegunaan awam seperti membina/membaiki tandas, pagar, jalan. Jika kita ingin mengikut hukum warak – meninggalkan perkara yang syhubah dan mengambil yang jelas sahaja. Oleh itu, gunakan wang itu untuk kegunaan umum sahaja.

S: Bolehkah bersedekah menggunakan cek-cek besar dalam majlis yang besar juga?
J: Ada hukum yang mengatakan boleh sebagai galakan kepada orang lain untuk bersedekah juga. Namun, jika niatnya untuk menunjuk-nunjuk, maka hukumnya boleh jadi berdosa kerana perasaan riyak dan tidak mendapat pahala daripada amalan itu.

S: Bagaimanakah cara sedekah yang terbaik?
  • Pertama - Allah berfirman yang bermaksud, “Takkan mendapat kebajikan tertinggi sehingga kamu sedekah benda yang paling disayangi”. Setelah mendengar ayat ini, Abu Talhah menyedekahkan kebun tamar yang paling disayanginya yang dahulunya terletak di hadapan masjid Nabi.
  • Kedua – Beri kepada ahli keluarga yang hampir dahulu, sepertimana hadis Nabi SAW yang bermaksud bersedekah kepada keluarga dapat merapatkan silaturrahim. Ada satu kisah di mana Rasul menyuruh muslimat supaya rajin-rajin bersedekah. Zainab melihat suaminya miskin dan pergi bertanya kepada Nabi SAW adakah boleh bersedekah kepada suami? Nabi SAW menjawab boleh.
  • Ketiga- beri sedekah ketika sihat bukan ketika sakit. Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata bahawa seseorang telah bertanya kepada Nabi saw., “Ya Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang paling besar pahalanya?” Rasulullah saw. bersabda, “Bersedekah pada waktu sehat, takut miskin, dan sedang berangan-angan menjadi orang yang kaya. Janganlah kamu memperlambatnya sehingga maut tiba, lalu kamu berkata, ‘Harta untuk Si Fulan sekian, dan untuk Si Fulan sekian, padahal harta itu telah menjadi milik Si Fulan (ahli waris).”
  • Keempat – sedekah semampu yang ada, biar sedikit tapi istiqamah
  • Kelima - sedekah dengan harta yang halal
  • Keenam - jangan mengungkit pemberian kerana pahalanya akan terhapus.
S: Mana yang lebih baik – bersedekah semua harta yang ada atau meninggalkan harta untuk keluarga?
J: Kisah ini pernah berlaku kepada Saad bin Abi Waqas yang sakit tenat. Dia ingin menyedekahkan 2/3 hartanya, namun Nabi tak benarkan. Dia minta sedekah ½, Nabi tidak benarkan juga. Ada juga yang menggunakan hadis ini sebagai sandaran menyatakan yang orang yang sakit tidak berhak memberi sedekah hartanya. Kemudian dia minta sedekah 1/3 danNabi SAW berkata, jumlah itu masih banyak dan dia perlu tinggalkan untuk keluarganya juga supaya mereka tidak meminta-minta kelak.

S: Bolehkah isteri sedekahkah harta milik suami? Jika isteri buat begitu, siapa yang dapat pahala?
J: Dalam satu hadis Nabi SAW berkata, “Tidak harus seorang isteri bersedekah harta suami tanpa izinnya”. Jika suami izinkan, kedua-duanya dapat pahala.

9 ulasan:

  1. kumpul harta smpai mati pun letih
    kumpul ilmu takpe
    sedekah?!
    masa kita takde la kita kene bersedekah.
    salah konsep klu bersedekah masa tgh kaya..

    *nak best mandi gi balok.tak juah dari tc
    tc femes dek ade org lemas byk kali.pntai dia curam.nk mandi pun tepi2 je

    BalasPadam
  2. kumpul harta sampai bila2 pun takkan cukup kan kak el...kalau sibuk kumpul harta tapi tak bersedekah atau berzakat pun cam pointless jugak sebenarnya...dan kalau nak bersedekah biarlah ikhlas kan? ^_^

    BalasPadam
  3. BERSEDEKAHLAH WALAU SEBIJI KURMA....

    DIGI satu untuk el

    BalasPadam
  4. Ada jugak hadith Nabi menyuruh wanita memperbanyakkan sedekah sebab baginda nampak ramai wanita masuk neraka :'(

    Sesama kita ikhlaskan diri yer dan banyakkan sedekah yer kak.. :)

    BalasPadam
  5. harta tu penting jugak untuk kita teruskan kehidupan kita n masa depan keluarga...xsalah nak kumpul harta asalkan sambil kumpul harta tu..sambil bersedekah.. ye dok?? hehehe.. bagi mereka yg ada harta lebih nie..bonus untuk mereka untuk buat lebih kebajikan.. =)

    BalasPadam
  6. terima kasih el atas perkongsian ini
    semoga menjadi renungan kita bersama .. ;')

    BalasPadam
  7. ada dengar ustaz cakap. manusia hari ini suka sangat bersedekah. Tapi liat keluarkan zakat. walhal sedekah adalah sunat dan zakat adalah wajib. kenapa yang wajib tak di dulukan.

    bagus entry ni. bersedekah adalah harta yang kita akan guna di alam sana. rajin bersedekah maka kita akan jadi orang kaya. Yang pastinya orang yang rajin bersedekah ni Allah akan kayakan dia didunia dan juga di akhirat. percayalah.

    orangyang rajin bersedekah ni jarang sekali kita dengar yang dia hidup susah..tul tak?

    BalasPadam
  8. haah betol mcm kak wantie komen tu. sedekah sunat je. zakat yg wajib. tp ramai yg mungkin terlepas pndang psl tu. tq kak sbb share psl ni :)






    slm kenal :)

    BalasPadam
  9. lya pon setuju dgn kata-kata el..
    harta adakalanya menjerumus kita ke neraka..kumpul byk2..tp x kluar zakat..dah dosa.. adalah lbh baik bersedekah, cz iulah saham akhirat.. n lg byk kt bersedekah..insyallah..tuhan akan memberi lbh byk rezeki y berkat utk kita

    BalasPadam