Jumaat, 2 Ogos 2013

RESEPI MEE GORENG MAK EL

atas permintaan kak alona yg putih gebu tu
el share ngan uols Resepi Mee Goreng Mak El
sejak el cerita pasal Mee Goreng Mak kat entry SINI
kak lona xabis2 dok gtau yg dia dok teringat mee goreng mak el tu
sooooo suuuuwiitt :)

Resepi Mee Goreng 


Bahan-bahan:
Mee yg telah dicuci bersih
Isi ayam
Isi udang
Fishball/fishcat (extra tambah sbb nak abiskan..xde pun xpe)
Bawang putih yg diketuk kasar
1 biji telur
Kicap pekat dan kicap manis (terlupa nak snap)
Cili blend (ciliboh pun ok)
Sayur sawi dan taugeh


Cara memasak:

1) Goreng bwg putih sampai naik bau. Then masukan isi ayam. Isi ayam dah agak masak, masukan isi udang, fishbal/fishcat dan batang sawi. Goreng sampai semuanya masak
2) Ketepi kan skit bahan goreng tadi, then masukan cili blend
3) Kacau2 skit cili tu supaya cilinya masak then baru satukan semua sekali
4) Selepas semuanya serata masukan kicap pekat dan kicap manis gaul semua baru  masukan air


 5) Pas2 masukan mee dan kacau gaul
6) Pas2 masukan sawi..kacau gaul lagi bagi sawi tu kecut sedikit
7) Then ketepikan mee tersebut, pecahkan telur di tepi mee dan kacau bagi telur tu mcm scramble egg
8) Agak2 dah telur tu dah separuh masak kacau gaul mee tersebut baru letakan last sekali taugeh (letak akhir taugeh tu supaya bila mkn rasa ranggup2 hehe)



Tadaaaa siap dahh Mee Goreng Mak el hehe



Selamat Mencuba



16 ulasan:

  1. perghhh lazattt!!! sedapnya....nak try lah! thanks el! :D

    BalasPadam
  2. Timakasih El...susah payah buat entry khas utk mee goreng ni. Bkn semua leh buat mee goreng sedap tau...

    Ada sket lain dari yg akak selalu buat, hehe..
    Akak mmg suka Mee goreng kaler cenggini..
    Tang togey taruk last tu mmg setuju...sedap krup krap krup krap..

    Tgk ni pun dh telan air liur...
    Somi akak tau laa yg isteri dia ni penggemar mee goreng, huhu...

    BalasPadam
  3. Terus lapar giler perut I.....x pe...I bendera jepun berkibar....misi gagal nk posa penuh...

    BalasPadam
  4. hahaha...samala weih.. cara aku wat mee goreng. tapi aku saja tak suka buh teloq laih sekali tu. sebab aku suka makan mee goreng basah.

    baru je semalam aku goreng mee, perabih belen mee lebihan aku wat mee udang tempohari.

    BalasPadam
  5. sedapnyaaa kak el. tgk pun tau sodapp

    BalasPadam
  6. am nih.. semua nampak sedap kan... hehehe
    awal nye masak..
    ada yg x poser ek? hhehehe

    BalasPadam
  7. Nampak sedap.
    Kena try nanti :)

    BalasPadam
  8. sedap tu...
    mama follow sini lah..

    BalasPadam
  9. wahai el sahabatku...suka tengok dan lepas ni confirm krole akan cuba resepi ini...so fishcat/fishball tu tak wajibla kan...isi ayam ngan isi udang je kan...kan...kan...terlampau excited dah ni~

    BalasPadam
  10. sedap ni nak cubalah nanti..

    INTI satu...

    BalasPadam
  11. ang masak aper pun..aku terliuqqq weii...nasib bukan jiran..kalau tak, aku upah ang je la masak..dah tak larat dah ni huhu

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum el, wau bestnyer mee goreng Melayu hehehee, mesti best kan nampak dalam pic punya dah sedap tambah leh makan pulak isk isk, hantar pos kat is el ya?

    p/s: twisties satu

    iskandarx[dot]com

    BalasPadam
  13. sedapnyaaaa... sib baik tengok waktu malam hehehe

    BalasPadam
  14. Sedappp..
    Myra suka Mee macam ni :D

    BalasPadam