Jumaat, 12 Julai 2013

KAMPUNG GIRL



Selepas berakhirnya drama popular Sebenarnya Saya Isteri Dia minggu lepas, slot Zehra di TV3 sekali lagi menampilkan drama bersiri yang dipercayai bakal mencipta fenomena luarbiasa.

Drama berjudul Kampung Girl lakonan Akim Ahmad dan Nad Zainal ini mempunyai jalan cerita yang lebih kurang dengan sama dengan kebanyakan drama yang lain namun bila difikirkan semula, cerita seperti inilah yang semakin digemari penonton Malaysia.

 
Untuk pengetahuan anda, drama bersiri 13 episod ini merupakan adaptasi dari sebuah novel popular karya Umi Kalsom dan diarahkan oleh Heykal Hanifah.

SINOPSIS KAMPUNG GIRL

Kampung Girl menceritakan tentang Ashraf Khairi (Akim Ahmad) yang memberontak apabila ibu bapanya cuba menjodohkan dia dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi (Nad Zainal).

 
Ashraf sememangnya tidak menyukai Ainnur sejak dari kecil lagi kerana menganggap sepupunya itu hanyalah seorang gadis kampung yang tidak bekerja dan cuma Menghabiskan masa dengan ayam dan itik.

  
Namun hakikatnya, Ainnur merupakan seorang graduan luar negara dan bekerja sebagai guru bahasa Inggeris. Ainnur yang tercabar dengan cacian Ashraf nekad menerima pinangan ibu saudaranya kerana mahu mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.


Pada malam pengantin, Ashraf secara tak sengaja mendapat tahu yang Ainnur sebenarnya berpelajaran tinggi. Disebabkan rasa tertipu dan diperbodohkan, Ashraf tidak mempedulikan isterinya itu selama sebulan.


Masalah bertambah rumit apabila Ainnur mengajar di Pulau Pinang dan Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Walaupun Ainnur cuba untuk memikat hati suaminya itu namun ego Ashraf terlalu tinggi untuk menerima kebaikan Ainnur.

Adakah hati Ashraf akan lembut dan boleh menerima Ainnur ataupun rumahtangga mereka tidak dapat diselamatkan? Kalau anda nak tahu apa yang akan terjadi kepada Ashraf dan Ainnur, saksikan Kampung Girl yang akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam dalam slot Zehra di TV3.

17 ulasan:

  1. Suka gilak kt akim tu sejak af :)

    BalasPadam
  2. tgk sikit jer tadi.. tah citer apa ek? hehehe

    BalasPadam
  3. tak sempat nak layan...sebab gi teraweh...

    BalasPadam
  4. Drama2 skrg smakin mantop. Sebabnya mereka2 yg bikin tuh makin terpelajar dh. Idea2 yg bernas.

    BalasPadam
  5. kita takde masa nak tengok tv kak byk cite terlepas hukhuk

    BalasPadam
  6. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati?? haa sapa? sapa? Gadis kampung la bagus, sopan, reti masak, pandai bancuh kopi, buat cucoq, pandai urut, ayam dan itik reti bela dan sebagainya kan kan kan? Cerita nie mesti best kan? is nak tengok lah nanti.

    p/s: Hishop dengan save22 untuk el.

    BalasPadam
  7. dari satu segi bagus juga sebab ia memartabatkan novel2 tempatan. Harap2 byk lagi filem n drama yg diadaptasi dari novel2 popular.

    BalasPadam
  8. wah macam menarik cerita ni el...lain skit berbanding slot2 sebelum ni~ ohya el...krole ada buat entri murtabak sayur tu..mai la blog...spesel krole bat tuk el huhu~ terharu tak?

    BalasPadam
  9. wahhh memang nampak menarik citer nie ;)

    BalasPadam
  10. ada tgk iklan psl ceta ni..
    tp entah sempt tgk ke idak..huhu..
    cute aje hero + heroin dia..

    BalasPadam
  11. cam no la kan kalau suami wat derk je selama sebulan. ish.. tak mo ar gitu kan..kan..

    cam best je citer ni. saja la tu hang nak ngasut aku suh tengok kan..kan..kan..
    hahahaha....

    BalasPadam
  12. Ada hilal azman tu....
    org taiping yg aktif kat grup fb @taiping...

    BalasPadam
  13. Mula2 mcm boring..tpi knp diorg pilih akim jd hero erk?

    BalasPadam