Rabu, 10 Julai 2013

IRMA HASMIE MAHU BAWA ANAK SOLAT TERAWIH

Sudah memasuki Ramadhan kedua bersama suami, Redza Syah Azmeer, nampaknya Ramadhan kali ini bakal memberikan pengalaman berbeza buat Irma Hasmie. Pelakon ini bakal menyambut bulan yang mulia ini bersama ahli baru dalam keluarga mereka iaitu Redza Syah Irfhan.

Irma ketika ditemui di majlis sidang media Baby & Raya Expo 2013 di PWTC semalam menjelaskan bahawa dia mahu mencuba untuk membawa anak sulung mereka yang baru berusia 3 bulan lebih itu ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih.

“Saya mahu cuba bawa Irfhan pergi masjid. Kalau dia tak menangis di masjid, saya akan bawa dia selalu.
“Dari segi masa, baby memang ok sebab dia bangun around 7 pagi dan tidur dalam jam 10 malam.”

  
“Irfhan menyusu badan jadi saya memang tak boleh tinggalkan dia lama-lama. Sebab tu juga saya tak ambil tawaran berlakon buat masa ni. Sebab nanti kalau dah sibuk di set penggambaran memang susah.
“Lagipun Irfhan kecil lagi, tunggulah dia besar sikit. InsyaAllah kalau ada tawaran berlakon pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan.”



el buat n3 ni sbb nak share ngan uols satu komen dari salah pengomen kt n3 ohbulan ni:

 Harap irma hasmie dapat baca komen saya ni..haritu ada satu majlis agama di ofis saya..ada seorang perempuan brtanyakan kpd ustaz itu satu soalan iaitu … ‘ustaz,saya baru melahirkan anak tetapi ingin membuat solat terawih ..bagaimana?’ nk tau apa yg ustaz tu ckp..ustaz tu kata ‘senang je , semua tau apa hukum solat terawih’ lepas tu semua orang jwab ‘sunat’ ustaz tu pun berkata lagi ‘ bgus , semua tau apa itu hukum menjaga anak ‘ ..dan dijawab lagi oleh orang ramai iaitu ‘WAJIB’ ..So , ustaz tu kata ‘Solat terawih hukumnya sunat manakala menjaga anak hukumnya wajib , maka kita haruslah mengerjakan yang wajib dulu dan jika ada kelapangan tunaikan yang sunat ‘ … So irma hasmie , don’t worry tunaikan yang wajib okay iaitu jaga anak dan klau ada kelapangan masa brulah solat terawih … jangan ganggu konstrentasi jemaah, ini sebagai peringatan :)

sumber


10 ulasan:

  1. bagus dia nk bw ank pegi solat tarawikh kan..niat tu mmg elok..

    aku pon nk gk bw kalau bleh..tp kita risau mengganggu nnti...

    mudah2an anak dia tk buat perangai..

    BalasPadam
  2. betol la.. aku stuju
    harap irma pon ngerti.. :)

    BalasPadam
  3. Niat dia bagus, sebab didik dari kecil dan nak biasakan anak kecil itu dengan solat berjemaah.
    Dan komen pembaca tu bagus faham.. tapi rasanya bawa baby ok sebab kebanyakan dekat surau @ masjid kita tengok kanak2 usia 3-6 tahun lebih kepada main dan mengganggu konsentrasi jemaah lain jugak

    BalasPadam
  4. solat tarawikh ni...buat kat umah pun boleh kalo suami kita leh bawak sebagai imam.

    Niat dh bagus tp tu laa...bahaya tau kalo masa solat takde sape tolong tgk kan. Sedangkan kereta yg dh dikunci kat masjid boleh dicuri orang...inikan baby yg takde sape2 jaga sbb mak dia sdg solat di sebelah...
    Ye lah...apa2 pun tawakkal lah..

    BalasPadam
  5. Thanks EL atas sharing ni. Setuju sgt2. Bagus sebab ada fakta yg menjelaskannya sekali.

    BalasPadam
  6. pendapat aku pulak tak yah la nak bawak baby tu ke masjid. solat terawih je la kat rumah. suh suami jadi imam. kalau bawak masuk baby tu ke masjid, nak bawak tilam bantal bagai. kalau saf tak banyak tak pe la. kalau dah berhimpit himpt cam no kan..

    aku pun kalau boleh nak bawak Aleesya tu ke masjid. Tapi kang, tetiba dia keluar, jatuh longkang ke hape ke.. bukan takat mengganggu aku je nak sembahyang. yang lelain pun turut terganggu.

    si irma ni, kalau nak jugak pergi terawih. pump je susu tu. minta orang lain tolong jagakan.

    BalasPadam
  7. solat terawih kt rumah pun boleh..tp mgkin niat dia nk didik anak dia tp still bby lg...dahulukan yg wajib la...

    BalasPadam
  8. haaa btl tu .. tu psl aku thn ni kembali x pi surau tuk terawih psl ado anak kecik .. kalau cm akil tu dia folow ayah ngn toki dia ke surau tp biasak ler mainnnn ... rakaat awal je dia kusyuk ..

    BalasPadam
  9. Saya pun kadang-kadang solat sunat tarawih dekat rumah ja dengan nenek. Pon boleh.. tp semangat nak didik anak dari kecil tu perlu dipuji. Terbaaek~

    BalasPadam
  10. rasanyer di umah pun boleh..mcm budak2 kecik yg pergi surau ke masjid skrg ni kan..klu nak solat tak pe..ni diaorang bantai main baling selipar..aku gerammmm ok! bising..mengganggu betul

    BalasPadam