Rabu, 3 Julai 2013

DEMI DIA SLOT AKASIA TERBARU


Menerusi Slot Akasia, saksikan drama bersiri terbaharu bertajuk DEMI DIA yang bakal menemui penonton Tv3 mulai 3 Julai 2013, setia Isnin hingga Khamis jam 7 malam. 


Drama DEMI DIA bersiri 24 episod terbitan Ace Motion Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Aziz M Osman dan dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti Zoey Rahman, Elfira Loy, Dynaz Mokhtar, Amar Baharin, Usop Wilcha, Erma Fatima, Kishmar Johar, Niena Baharun, Leyla Krisya, dan Shasha Al-Khred. 


 
 Sinopsis Demi Dia
Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga.Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. 

Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura. Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. 
Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya. 



Adakah drama ini akan menjadi hit seperti mana gelombang tsunami terhadap drama Teduhan Kasih?

10 ulasan:

  1. Macam filem Azura jalan cerita dia.
    Azuraaa!! Kaulah sinar hidupkuuuu.....
    :p

    BalasPadam
  2. wah... hang ni kalau ngan drama lajussssssssssssss...

    cam biasa aku hanya melepaskan drama tu bersiaran tanpa menonton. Apa la yang aku ni sibuk pun tak tau la.hiksss

    BalasPadam
  3. Kalau best leh tengok..klu x best..xnak la..hee..

    Salam kenal el..sya folo blog el..klu sdi,snggah ke blog sya eh..#1409

    :D

    BalasPadam
  4. Dah up online saya nak tengok. hehheeee eh tapi skang macam dah takder orang upload citer online kan? Dah disekat ker macam mana.

    BalasPadam
  5. Alaaaa
    Ada jek yg jahat tak suka tgk kebahagiaab org laib huhu
    Slalu gitu

    BalasPadam
  6. kurengggg koot sbb x minat kat alfira huhuh

    BalasPadam
  7. mm...drama bersiri ni susah sket ler akak nk melayan. Tak mau obses sgt tercongok tiap2 waktu siaran kat depan tv.
    Cukup laa akak dh penah jadi mcm tu ms telenovela sepanyol dulu.. La Usurpadora tu..sirinya bukan puluh2...tp ratus2. Makan bulan. Bila dok tunggu2 dari episod ke episod yg lain (tambah2 bab geram2 esok baru nk sambung tu, kan..huhu)...bila dh abes selesai...umur pun dh tua...kehkeh..

    BalasPadam