Jumaat, 14 Jun 2013

GAMBAR TIANG PENANGKAP KILAT DI MENARA UMNO PULAU PINANG RUNTUH




 klik SINI untuk lihat video


GEORGETOWN -[Dikemaskini] Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah. 


“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat,” katanya.

Pemandu lori gas Jahir Hussain Sulaiman, 40, yang cedera dalam kejadian antena runtuh di Jln Macalister Georgetown telah meninggal dunia

updated 9.00  mlm:


GEORGETOWN - Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Akibat dari kejadian itu,hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu. ~SH

TUJUH pengguna jalan raya cedera termasuk dua parah dalam kejadian tiang penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang tadi. Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang.

Dipercayai bahagian bumbung Ibupejabat UMNO Pinang setinggi 25 tingkat yang tumbang. Impak dari menara besi daripada ketinggian itu semacam gempa bumi. Kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang semenjak 6.00 petang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang.


 
 






baru sahaja digemparkan dengan jambantan kedua Pulau Pinang runtuh dan smlm tiang penangkap kilat di Menara Umno pulak runtuh...subhanallah inalilahh...

el pernah keje kat Menara Umno ni semasa praktikal..pas2 masa time keje plak tiba2 ada org bunuh diri...dgr kata sekuriti kt situ x sempat nak tangkap..org tu dah terjun..mati 

smlm mmg hujan n angin kuat..mcm ribut pun ado..rumah el rumah kampung lglah boleh rs kuat tiupan angin..alhamdulilah xde pape cuma pokok ape ntah tumbang kt belakang rumah..td el lalu nk g kerja lalu kt kampung2 ni pun ada pokok2 yang tumbang..

alfatihah jika ada yang terkorban (jika beragama Islam)

14 ulasan:

  1. macam-macam bencana jadi kat penang...sebelum ni jambatan runtuh...

    adakah ini satu petanda??

    BalasPadam
  2. eeee ngeri weh ... suh owner bgunan wat solat hajat

    BalasPadam
  3. Hmm...penang ni dh terlalu pesat berkembang..walhal pulaunya kecik aje.
    Kat situ laa pelbagai centre ada..
    akak pun nk wat album custom kena gi penang..kat tepen takde, huhu..

    BalasPadam
  4. terkejut tengok kat tv..

    BalasPadam
  5. laki aku watsapp semlm
    opis dia blkg bagunan tue ja
    mmg teruk..
    semlm kat umah aku pon angin kuat tp x dak pa2 la jd

    BalasPadam
  6. mujur xde kmalangan jiwa kan

    BalasPadam
  7. aku..pagi tu memang ada pergi sana. aku pergi Kurnia . memang lalu jalan tu la.

    nak buat gak Entry ttg ni. dah le semalam MC baik punya kat umah.

    BalasPadam
  8. tkut kan..harap smuanya selamat..

    BalasPadam
  9. alahai minta simpangkan kita atau ahli keluarga kita yg berada di tempat kejadian camni..kalau nak pergi biarlah pergi dalam keadaan yang mengerikan..

    takziah pada ahli keluarga mangsa..

    BalasPadam
  10. aku duk umah tggi beb..
    ya Allah mmg angin kuat...risau gk beb...
    sbb duk dgr angin kuat membadai tingkp umah tu..
    mmg rasa berpusing2 je angin tu..huhu..

    #latest psl news tu...ada depa jumpa sbuah kereta milik org cina kan..
    tbenam dlm kawah tu..

    BalasPadam
  11. Masa ribut ari tu memang gerun dengar bunyi angin kaut sangat..

    Penebat kilat tu siapa sangka akan tumbang menyembah bumi kan eL..

    Yg kesian pemandu Honda tu smpai ke sudah tak ditemui kan..

    BalasPadam
  12. sempat lagi ambil fotonya.....last sekali mayat pemilik kereta tak ditemui...

    BalasPadam