Ahad, 2 Jun 2013

GAMBAR PERNIKAHAN IZZUE ISLAM

GAMBAR PERNIKAHAN IZZUE ISLAM


 Bertempat di Dewan Shah Alam ahli kumpulan Forteen berusia 23 tahun, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurus peribadinya, Awin Nurin dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi tadi.


 Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Awin Nurin sendiri, Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan.


 Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin mendapat perhatian ramai peminat kerana mereka berjaya merahsikan percintaan selama lima tahun mereka dari pengetahuan semua & bertunang pada Jun 2012 lalu.


 Dari perkenalan Izzue Islam bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue Islam selepas pelakon dan juga salah seorang anggota kumpulan Forteen menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.


 “Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir pun untuk menamatkan zaman bujang. Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri,” kata Izzue Islam.



 Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga & mengambil konsep indoor garden sebagai tema.



tahnioh pada izzue isley bersamo isterinyo semoga kekey bahagio selamonyo :)
sayo tahu si awin deh umonyo jauh lebih tuo yo dr izzue..papepun dah jodoh deh
hahahaha

GAMBAR PERKAHWINAN IZZUE ISLAM klik sini





GAMBAR PERTUNANGAN FOUZIAH GOUS klik sini

RESEPI HOMEMADE PIZZA INSTANT klik sini

6 ulasan:

  1. canikla pelamin. mesti ramai yg frust huhu

    BalasPadam
  2. Emmm...frust tgk firash dah kawin...huhu

    BalasPadam
  3. alamak...nampak sgt akak ni ketinggalan zaman. Tak kenai pun izzue ni, mm..tak tgk drama..hiburan terkini pun tak tau dh sape penyanyi baru terutama berkumpulan, huhu.

    BalasPadam
  4. slamat pgantin baru....

    waa..punya la lama x dtg sini.. dah tuko header & layout baru..cun2 ;-)

    BalasPadam
  5. wuah! memang grand r majlis pnikahan izzue islam ni huhu...confirm pminat izzue ni ada yang gumbira ada pla yang kaciwa huhuhu~

    BalasPadam
  6. wifey si izzue ni frens kpd blogger glamer kathy jam..comei kan dorang ni?

    BalasPadam