Sabtu, 2 Mac 2013

ROZITA CHE WAN MAHU TAMBAH ANAK | ANAK KACUKAN BERSAMA ZAIN



Walaupun usia pelakon cantik, Rozita Che Wan sudah menginjak ke 42 tahun, namun empunya badan ini mengakui ingin menimang sekurang-kurangnya seorang lagi cahaya mata seandainya dia mendirikan rumahtangga dengan kekasih hati, Zain Saidin, kelak.

“Jika kami berkahwin nanti, sekurang-kurangnya saya mahukan seorang lagi anak bersama Zain, al-maklumlah siapa tak nak anak kacukan,” ujar Rozita sambil ketawa kecil.

Ibu kepada dua anak lelaki ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra-kemuncak ABPBH 2012 di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya pada petang Rabu. Apabila diminta mengulas mengenai tarikh serta persiapan majlis perkahwinan mereka, pelakon ‘Kiah Pekasam’ itu lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen buat masa ini.

“Sabar-sabar, nanti saya akan beritahu. Apa yang boleh saya katakan, InsyaAllah tahun ini. Kami berdua pun masih belum tetapkan tarikh lagi memandangkan masing-masing sibuk dengan karier. Lagipun, keluarga Zain pun masih belum datang merisik saya lagi. InsyaAllah, kami akan panggil semua media untuk satu sidang akhbar bagi memaklumkan hal ini nanti,” katanya sambil mengakui masih belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinan.
 
Bercerita lanjut mengenai majlis perkahwinan keduanya ini, Rozita memberitahu dia hanya mendambakan sebuah perkahwinan yang sederhana namun meriah. Ketika ditemui, pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta ini juga turut memberitahu yang dia tidak akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu.

“Bagi saya, bertunang adalah satu tempoh atau proses untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Kami dah kenal lama, jadi saya rasa kami tak perlu bertunang. Saya juga tidak kisah jika majlis kami tidak dibuat secara besar-besaran, asalkan ia berlangsung dengan penuh meriah.

Bagi saya, majlis perkahwinan tak penting namun kehidupan selepas berkahwin itu lagi penting. Walau bagaimanapun, saya bakal berkahwin dengan lelaki bujang dan ini merupakan perkahwinan pertama buat Zain. Jadi, mungkin kami akan adakan sebuah majlis yang istimewa untuk dijadikan memori indah buat kami berdua,” ujar Che Ta lagi.


hahaha lawak Che Ta ni..Che Ta ni mmg ada sifat jokers..happy go lucky..sape tgk Primadona semalam..tajuk 'Pucuk Muda' Zain adalah tetamu jemputan..kerrrlasss ko hahaha
xabis2 mengusik Che Ta..mmg meriah n lawak lah smlm...

Erra ada tya Che Ta..apa yg buat Che Ta suka kat Zain..jwb Che Ta
"ari2 antaq bunga..ari2 antaq coklat..nenek aii kat kampung pun leh jatuh chenta taw dak" hahaha
pekat tul slang kedah Che Ta

Ada lagi soklan kat Che Ta..Che Ta ada cemburu ngan Zain x..jwb Che Ta
"aiii patut cemburu kat dia...tapi dia pulak cemburu kat aii..pttnya yg nyoq tua lah yg cemburu nyoq muda..ni nyoq muda cemburu kat nyoq tua"...hahahahah lawak2

11 ulasan:

  1. haha lawak la pompuan ni,mmm kalau jadi kawin bagus la.harap sama2 ke syurga nnti :)

    BalasPadam
  2. ehem..sukanya che TA dpt bunga dr zain !!..ha2x.. ;)

    BalasPadam
  3. che ta nie kalau dia cakap loghat utara best sangat....nampak sempoi ja

    BalasPadam
  4. Untunglah setiap hari dapat bunga dan coklat dari zain ^_^ hehe

    BalasPadam
  5. ohoi..bila la nak dapat camtu...haha..

    BalasPadam
  6. boleh lg tu.. fighting cik ta.. huhuhu...

    BalasPadam
  7. siapa x nak anak pan asia hoi.. haha.. mesti gunakan kesempatan yg ada.. umur tua takpa janji bergetah lulz :p

    BalasPadam
  8. Hahhaa lawak jugak Che Ta ni kan.. dia lawa, tua umur jer, kalah orang muda umur 19 macam saya :p

    BalasPadam
  9. sape takmo. mesti lawa kan anak dorang nanti

    BalasPadam
  10. haha . gila gila jugak si che ta ni . org kata , anak mixed ni cerdik oo . nak anak kacukan jugak T__T

    BalasPadam
  11. sherry merlis pun leh beranak lagi baru2 ni kan. ada rezeki dorang ni...adalah.

    BalasPadam