Isnin, 4 Februari 2013

RESEPI CUCUR BADAK

telah merajinkan diri membuat cucur badak...cucur badak is one of my favourite kueh tradisional..sape x suka pi jauh2 hahaha...

tghari masak tuk lunch terus menguli and siap doh ngan inti cucur badak then difrozenkan..petang baru nak goreng..makan panas2 with kopi o kaw2..haha


jemput makan uolsss :)

RESEPI CUCUR BADAK
Resipi : Che CT
Inti Serunding Kelapa :
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah #
2 ulas bawang putih #
1 batang serai - hiris nipis #
6 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas  - toskan #
1/2 inci kunyit hidup #
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan #
bahan bertanda # dikisar halus dengan sedikit air
Garam dan sedikit gula secukupnya

Untuk Kulit :
700 gm ubi keledek kuning
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Inti : Dalam kuali panaskan 1 1/2 sudu besar minyak masak dan masukkan semua bahan kisar kacau sebentar. Kemudian masukkan kelapa parut kacau lagi dan masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan seketika.
2. Untuk Kuih - rebus keledek yang dibuang kulitnya sehingga 1/2 empuk bersama sedikit garam. Toskan dan lecek hingga lumat semasa panas. Ketepikan biar sejuk seketika.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dahulu kedalam keledek yang dilecek sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil doh sebesar bola ping pong kemudian leperkan dan masukkan 1 sudu kecil inti serunding. Kemudian tutup dengan kemas dan tekan sedikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper.
5. Kalau adunan lembik sikit, tak apa sapukan sedikit tangan dengan tepung.
6. Susun kuih dalam bekas yang dialas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.
7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga kuih sedikit perang keemasan dikedua-dua belah. Angkat dan toskan atas paper towel.


nota bijik: nape dipanggil cucur badak eh..xde pun rupe badak..mayb betuknya yg besar2 cam badak..hahahaha tp rsnye walaweiiii sedappp kn

16 ulasan:

  1. meh nak bagitau sejarah cucur badak ni.

    masa zaman dulu ada sorang pak cik tu dia makan cucur ni sedap. pas tu bila anak sedara dia mintak dia tak mau bagi. then dia cakap la
    " Ni cucur Badak" bukan cucur orang... hehehehe...

    ini bukan cerita rakyat ok. cerita aku da...

    BalasPadam
  2. aku ada beli hat frozen kt tesco..

    sedap gak..

    BalasPadam
  3. kak fav kita ni tp akak punya lg spesel sebab ada udang atas dia huhu

    BalasPadam
  4. cantik la badak u.. my fav kueh ni.
    salam kenal.

    BalasPadam
  5. Sedap nih..td tgk kt fb hg dh terliur dh haa..ekekeke

    BalasPadam
  6. Salam kenal Yuna...eh silap..bukan Yuna ye? hehe..ada iras2 la..
    Walaupun nama kuih ni mcm tak best je, tapi bila dah makan mmg tak dpt nak dilupakanlah...haha..kakzana baru je buat kuih ni, siap jual lagi.

    BalasPadam
  7. aku selalu buat buh marjerin 1 sudu nanti bhn cucur de jadi lebih lembut dan senang diuli..tepung beras tak pernah bubuh..kalo nak buat keria pon bhn yg sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. wil..xbuh marjerin pun mmg lembut cucur badak ni...mayb taruh tepung beras kot..

      Padam
  8. atas tu udang ke tu kak el . asal letak sekor je . letak la banyak2 . hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. atas tu bukan udang..badak..kahkahkahkah..ha lu wat cucur badak letak lah udang byk2 nti k hehe

      Padam
  9. cucur badak? beli yang dah siap. balik goreng.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelahhh beli lah senang kan..k.el suka lagi buat sbb leh belajar wekkk haha

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. hu2x..sedapnya kalau dapat makan cucur badak tu..poslah kat mama sikit !!..

    BalasPadam
  12. sodap ni..mkn potang2.pokona pulak ngan
    teh o,..fuh

    BalasPadam