Sabtu, 2 Februari 2013

MEMEY SUHAIZA DAPAT ANAK LELAKI

 
Memey Suhaiza di’laporkan selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.55 malam, 1 Februari 2013 di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan,” ujar Memey Suhaiza.

Bayi lelaki itu di’beri nama Mohamed Darwisz Hakim lahir secara normal tetapi awal dua minggu daripada yang di’jangkakan doktor.

Kelahiran bayi lelaki ini menandakan Norman Hakim sudah mempunyai empat orang anak termasuk tiga orang ketika perkahwinan bersama Abby Abadi. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini!

sumber

2 ulasan: