Jumaat, 15 Februari 2013

BR1M DARI RM500 AKAN JADI RM1000 | BR1M SETERUSNYA MUNGKIN RM1000



BR1M seterusnya mungkin RM1,000 - TPM

PAGOH: Kerajaan mungkin akan menaikkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,000 kepada setiap keluarga yang layak pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, janji berkenaan boleh dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat daripada rakyat untuk menerajui kerajaan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat jika Barisan Nasional (BN) masih diberi mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi.

Pemberian bantuan itu katanya bukan sahaja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

Najib berkata, kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada AS$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada AS$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011. Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M 2.0 dan BR1M 3.0," katanya ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Johor.

Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.


untunglahhhh ermmm rezeki jangan ditolak..musuh jgn dicari ahaks

8 ulasan:

  1. untung ler dapat duit cmtu jer..kter org gomen tggu announce tuk bonus jela..hehe

    BalasPadam
  2. amboi dr bg rm1000 cmni baik tetapkan gaji bg private sector and gomen. ni rm1000 habis cmtu je. at least gaji tu sampai bila-bila

    BalasPadam
  3. kat sini ke saya nak check status BR1M 2.0 saya?mohon harap beri penjelasan :P

    BalasPadam
  4. wahhh..semakin berlipat ganda nilainye..hehehe

    BalasPadam
  5. pergh!...bkn lg durian runtuh camni..kre durian meletop dah ni hahaha!

    BalasPadam
  6. adoi..... jeles haku weihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  7. bestnya kalaulah mama dapat jugak..he2x.. ;)

    BalasPadam