Isnin, 21 Januari 2013

ZAIN SAIDIN SAHKAN BAKAL KAHWINI ROZITA CHE WAN







Sekali terbaca tajuk ini, maka musnahlah segala impian dan harapan vip-vip di luar sana. Kami pasti, ramai juga lelaki biasa diluar sana yang sedang patah hati sekarang, kan?

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi beza umur 10 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk mengahwini Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini. Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah terjawab dan Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isteri.

“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” ujar Zain kepada portal Gua.

Menurut pelakon kacak ini lagi, Che Ta sendiri telah pun memberikan kata putus dan mengaku mereka berdua serius antara satu sama lain.

“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.”
Tahniah diucapkan pada Zain Saidin kerana dapat memikat hati Che Ta.



nota bijik: bgslah aku pun suka tgk org kawin ni..mengurangkan fitnah dan maksiat ekekeke
mmg padanlah derang tu kan...jodoh ajal semua Dia yang tentukan..sapa kita nak judge!!wekkkkk hahaha

8 ulasan:

  1. bagus la kalau betui kan..

    doa yg baik2 aje..

    BalasPadam
  2. baguih lew kalau btl... cepat2 la kawin ...

    BalasPadam
  3. baguslah...mesti zain dpt hidayah masa gi gaza ari tu.

    BalasPadam
  4. baguslah.. Tahniah buat mereka ;)

    BalasPadam
  5. sila lah supply tisu berkontena kepada VIP VIP di luar sana yang akan menangis. Tahniah kepasa dorang.

    hurm.. seswaiiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  6. ehem tahniah lah kalau betul !!..suka kan cik ta dpt boy yg muda.. ;)

    BalasPadam
  7. akhirnya tertutup sudah kontroversi cikta gn vvip :D

    BalasPadam