Selasa, 15 Januari 2013

SUAMI CERAI ISTERI KERANA MINAT AARON AZIZ?


 
Ini mungkin kisah paling sadis anda dengar hari ini berkaitan peminat dunia hiburan kita hari ini — seorang suami lafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati Aaron Aziz.

Mangga Online hari ini menulis yang seorang lelaki berusia 50′an telah melafazkan talak satu terhadap isterinya yang di’syaki menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz.
“Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam & Hawa”

“Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya. Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri”

“Saya rasa diri saya tak dihargai lagi,” ujar lelaki itu di’mahkamah menurut sumber kepada laman hiburan tersebut.

Tidak kami 100% pasti yang perkara ini benar benar terjadi tetapi jika ianya benar, bukan satu tindakan bijak buat lelaki tersebut untuk melafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati seorang selebriti.



nota bijik: ermm nk salahkan siapa ha?xperlu nak menjadikan minat ni satu tragedi yg akhirnya dua2 xdpt apa2..minat aaron aziz..coiiiiiiiiiiiiiiiiii muka jambu ai x minat lahhh haha

11 ulasan:

  1. hehe...akak pun tak minat aaron ni. tp pd mereka2 yg minat tu jgn laa sampai abaikan suami...ckp kat suami tu tak ensem mcm aaron ke...tak romantik mcm aaron ke...kan..
    siap ada yg apdet kat fesbuk..."kalau lah aaron jd laki aku!!!" ish..tak baik mcm tu sbb korang kan dh ada laki sendiri...

    Akak dulu suka tgk lakonan pelakon omputih Val Kilmer yg jadi batman masa heroin dia nicole kidman tu...

    Hindustan lak akak suka tgk Shah Rukh Khan berlakon, hehe..
    Suka tgk lakonan aje laa. Tp...kasih syg tetap utk suami, ye dak...

    BalasPadam
  2. adoiii..sadisss..memang sadisss... hmm..tapi i minat jugak ngan aaron aziz..hikhikhik..jgn mare =)

    BalasPadam
  3. kan kan kan .. muke jambu sgt ! ahahha x minat2 ...
    lebih minat ADI putraaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    oh oh oh ... larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ;)

    BalasPadam
  4. adei... cam ni pun ada. aku minat ronaldo laki ku ok je. tak jeles pun.saja le tu nak jadikan alasan. cemburu tak bertempat..

    BalasPadam
  5. eh betui ke tu? hehe...

    aku pun x brp minat AA tu..lebih minat laki aku kut..hahaha..

    BalasPadam
  6. eee tindakan paling BODOH. Ha kan.

    BalasPadam
  7. kes parah!minat artis sampai suami jelessss...sampai cerai berai!!adoiii....

    BalasPadam
  8. assalam EL..mama pun mengadap adam & hawa jugak..en.papa tak heran pun..ha2x..teruk giler betul cemburu suami dia ek..

    BalasPadam
  9. ahahahha!!!padahal aaron tak heran pn kt bini dia,huwaaa!!!

    BalasPadam