Ahad, 13 Januari 2013

PANDAINYA

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan
kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

7 ulasan:

  1. Mujur ada Amin pandai mebidas cikgu tu :D

    BalasPadam
  2. ahhahahahhahahhahahahhahaha

    ahhahahhahahaha

    adehhh sebab nielah dulu akak x jadi nak jadi cikgu ekeke ;)

    BalasPadam
  3. haha..pandai amin.. kan dah kena cikgu ni

    BalasPadam
  4. padan muko cikgu tu. tu le lenkali jgn ada niat tak elok bila mengajar..

    BalasPadam
  5. hahaha sadis2 terkena gak cikgu tu..

    sebab tu dari awal2 lagi saya taknak jadik cikgu kuikuiku

    BalasPadam
  6. ehem cikgu tu ingat dia sorang je yg bijak..tak sangka amin lbh bijak drnya.. :)

    BalasPadam