Isnin lepas sepupu kepada en. somi dtg rumah..sembang pya sembang rupanya derang bertanyakan pasal pokok bakawali..setahu aku dah 7 taun dok umah mil ni xtahu pun mil ada tanam pokok bakawali..lgpun b4 ni pun el just tahu pasal nama..xtau pun mcm mn bentuk rupa n kegunaan lain
tiba2..jeng2 laki pada sepupu tu terus rasa sesuatu uols...tiba2 dia leh rasa something kt pokok tu..dia kata ada bau kuat..yg kami semua ni x bau apa2 pun..pas2 dia cakap..ada 'org jaga' pokok ni..mil aku senyum xckp apa2..aku dah panik..mak betul ke mak?mil aku senyum..en. somi lak kata xde pape..jgn percaya..ha mana satu aku nak dgr ni...

nilah Pokok Bakawali kat belakang umah mil aku tudia skit pya besaq
Then aku pun gugel lah psl Pokok Bakawali ni..rupa2nya mmg ada 'Penjaga' fuhhh
Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon
Cactus dan Queen Of The Night. Bakawali merupakan tumbuhan daripada keluarga kaktus yang berasal dari
Mexico dan Amerika Selatan.
Ia banyak ditanam sebagai pokok hiasan di
seluruh dunia. Pokok bakawali boleh membesar sehingga ketinggian 2
meter. Ia agak unik kerana dahan dan rantingnya berbentuk leper seakan
daun. Batang utama pokok bakawali berbentuk bulat dan keras. Bakawali
sebenarnya mepunyai daun tetapi bersaiz kecil dan hampir
tidak kelihatan. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Baunya memang semerbak wangi dan akan
kembang pada waktu malam. Bau
menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh.
Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian
ia akan layu.
Kepercayaan Orang Cina
Menurut
kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan
tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan
tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip
dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu
bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Mistik
Orang-orang
Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali
semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat
seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Ada
juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang
rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya
pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
Kegunaan Lain
Bunga bakawali ini boleh dimakan. Ia dijadikan bahan masakan jika
dicampurkan bersama bahan-bahan lain. Batang dan ranting pokok bakawali
yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian berkenaan dipercayai dapat
merawat bengkak, luka kecil dan bisul. Manakala air rebusannya pula
boleh digunakan untuk merawat demam panas, lebam dan kecederaan ringan.
Bunga bakawali yang direbus dan diminum dapat merawat batuk berdarah,
pendarahan dalam rahim dan radang tekak.
eh eh dulu ada drama pasal Bakawali ni kan..
Allahualam..walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT.


bakawali plak akk...hihi
BalasPadamieyla bc tak smpi abis..ke terus komen ahaks :)
Padambunganya cantik..ehehe.. betul ke ada yg jaga??? tak thu pun spiesis pkok ni.. suri bakawali tu pnah la tgk kejap..hehe jgn marah.. good morning..! :)
BalasPadamntahlah el pun kurang tahu psl ni...tp mostly kata ada 'penjaga' pokok ni..allahualam..
Padammemang ramai yg cakap mcm tu. kat umah mak aku pun ada jugak.
BalasPadamMemang le ada orang jaga. sebab yang menjaga tu Mak aku dan juga MIL hang tu. kalau tak jaga mati la pokok tu. ngeh..ngeh..ngeh...
Ada gak masa aku kecik dulu mak aku ckp yg sedara aku tu kawin ngan orang bunian. dia akan pergi ke alam bunian ikut pokok bakawali tu la. Tapi tak pernah pulak aku tengok dia hilang kat celah celah pokok tu. nak kata betul pun tak berani. sebab mata aku tak tengok sendiri.
haa pernah dgr jugak pasal jaga menjaga ni . abah dulu pernah bagitau jugak . kak el tanak tanam jugak ke ? boleh sesama menjaga nanti . kehkeh
BalasPadamaah akak pernah dgr juga org tua2 cakap .. hurmm pokok dia cantik ..
BalasPadamoo itu rupanya pokok bakawali tuh. pernah tengok tapi tak tau nama.
BalasPadamx pernah dgr lak.. tahu ia pokok bunga jer
BalasPadamnice sharing yer sis
oo gitu rupanya....
BalasPadamehem cantik bunga dia !!..dia kembang pkl 12 tghmlm..hu2x..
BalasPadamAssalamualaikum wbt...boleh x sy nk dapatkan benih/anak/baka pokok bakawali ni..kalau boleh,tlg msj sy,shaiful(0139894583).terima kasih..location:terengganu..
BalasPadam