before ni mmg ada mcm bijik kat mata el tu..tp kecik je lah..igt akan hilang cam tu jek..agak lama gak lah bijik tu ada kt mata el..tp start mggu ni bijik tu mula membesar and terasa sakit bila dok kelip2..sudahnya dah jadi ketumbit huwaaaaaaaa
lau sakit2 mata ni org kata haaa skodeng sape lah tu
sungggggguuuhhhh!!!!el x buat keje tu haihhhhhhh hahaha
seigt el kan..el nah 2x kena ketumbit ni..1st time kena tudia haihhh mmg xnpk apa pun dah..dah teruk sgt baru pi klinik..amek ubat titik kt mata n sapu..barulah ketumbit tu ilang
Punca dan Gejala Ketumbit
Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :
* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.
Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?
Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.
Bolehkah ketumbit berjangkit?
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.
Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?
Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.
sumber
PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN KETUMBIT:
1) tenyeh ngan bawang putih
2) tuam tempat kena ketumbit dgn sudu yg dihangatkan oleh air panas. Buat sllu hgga pulih
3) Petua org tua. Baca selawat sambil pgg mata yg kena ketumbit tu. Kemudian buat2 buangkan ketumbit tu dari mata
4) Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dr farmasi
5) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih
6) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah....
7) ambik daun belimbing buluh..Basuh bersih2..Tumbuk sampai hancur..pupuk sekeliling kelopak mata..jgn kasi masuk dalam mata lak..kemudian akan terasa seperti ketumbit tu di tarik2..itu dalam proses mengecutkan ketumbit..ulanglah beberapa kali..
Petua xmasok akal: skodeng smpi ketumbit tu pecah dan baik muahahahaha


Ooohh...begitu...byk jugak petua2 dia yg kt leh ikut...
BalasPadammesti rasa berat je mata kan?
BalasPadamkak el! bella slalu gak la kena ne.. tpi syukur alhamdulilah dalam seminggu hilang dah! hehe,
BalasPadambanyak petua dia nie .. ooo macam tuuu .. tenyeh ngan bawag putih tuu x menahan tuu uhu
BalasPadamish.. seingat aku lama dah la aku tak kena ketumbit. ala el.. ko sekodeng anak anak ko le.
BalasPadamkalau la betul semua tu, mesti penuh mak mak kat malaysia ni tumbuh ketumbit kan..kan..
oh..ketumbit ni pun slalu hinggap kat saya..hehe..tp skrang asal terasa nak kena jek.. mula baca doa utk bisul..alhamdulillah..dah banyk kali gak la dia tak jadi nak kluar... http://wsnorzehan.blogspot.com/2011/06/doa-untuk-bisul.html
BalasPadamthanks EL atas perkongsian ni..
BalasPadamLetak susu ibu...mmg mujarap...dah test..ingt main2 rupanye btl
BalasPadam