Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat
dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin
sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah
berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah
diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.
Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang
tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.


Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail
telah menerima 13 dulang hantaran berupa jam, set mandian, laptop,
manisan, kek, kurma, dompet, kacamata, minyak wangi, sejadah, Al-Quran,
sireh junjung dan cincin kahwin manakala Irma Hasmie yang mengenakan
busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran
berupa jam tangan, kek, manisan, set penjagaan kulit, set mandian, tas
tangan, kain, coklat, sireh junjung, wang hantaran dan cincin.
Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.
Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.
GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER









































