Khamis, 31 Mei 2012

CANON OR NIKON?


alahai yg mn satu pilihan hati kami
NIKON or CANON
ritu sebey NIKON sj
paling kuat pun D90..tp tu model lama eh
tp ada yg kata rmi org dok let go D90 nak amek D7000
tgk hat D7000 perghhh bila pgg mmg best gilossss cam photoG pro pulak

Wiken nak pi sebey CANON pulok

ntah mn satu lah yg akan menjadi milik kami


nota bijik: cam lah terer sgt guna dslr tu...nak tekan punat start pun x reti..muahahahaha....konon2 xmo beginner nak terus jd semi pro gitu..kahkahkahkah layan je lah kehendak laki bini ni

apa kata uols..mn satu jd pilihan kamooo org? 


camera compact kami dah uzur..tgu nak kebabom je tu...huhuhu


YA ALLAHHHHH..KENAPA ANDA YANG KAYA SGT2 KEDEKUT EH?X FAHAM SAYA

 CONGRAT TO MY BOSS coz his got new grandson tapiiiiiiiii


pelik...sgt2 pelik...storynya mcm ni
my boss baru dpt grandson last monday..so this Friday, he will fly2 away to US to meet his grandson..coz his doter stay sn?

then weols yg ada 3ketul ni nak kelek duit lah...then maknyah sorg ni come out with an idea nak beli penden with dragon symbol..kan taun ni taun dragon..then aku terkejut..yelahhhh nak beli emas tu beb..mau bape sorg huhuhu..then aku suh lah kelet mani each lecturer...aku igt dah kelet kat lectuerr tu kami yg staff gaji ciput ni just tambah2 setakat yg mampu je lah..tp si makyah ni bodohhh kot ye pun suh lah lecturer tu kasi byk skit..then kami yg gaji skit ni just topup2 sj

aku sgt2 terkujat ok...boleh lak maknyah ni kelet dr each lecturer tu sama ngan share kami..aku igtkah boleh la mtk lebih 2x ganda kan..lecturer plak tu lgpun dah kenal lama ngan my boss..ape salahnye bg lebih kan...takan nak bg lebih pun lecturer2 tu nak bising..lgpun
ni 1st time wat collection nk bg penden kt his grandson...haiii org kaya takan kedekut mcm tu sekali...i think lecturer2 tu xkesah pun nak kuar duit RM50 sahaja...SAHAJA ok...tp bukan RM50 ok....kurang pulak tu..adoii sakit hati betul ngan makyahhhh ni...

aku yg x berapa nak mampu ni pun terketaq nak keluar share...tp xpelah mnlah tahu ada rezeki yg lain...huhuhuhu

then yg pelik satu lagi ni kan...maknyah ni suh aku print bb card congrat tru internet...APAKAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH WTF ha ni yg aku nk marah ni...ASAL KORANG NI XLEH BELI CARD AJE...HAIIIIIIIII CARD BAPE DUIT JE X LUAK PUN DUIT KORANGGGGGGGGGGG...

AKU AMAT2 GERAM BETUL LAH...last2 aku ckp

BIAR AKU BELI GUNA DUIT AKU JE...ssh sgt share ngan org byk duit..lagi byk duit..nak beli kad satu pun kedekut..tu pun nak berkongsi bagai....KORG X GERAM KE ngan pagai manusia ghope nie....

bila aku kata aku nak beli kad tu kan..boleh lak maknyah yg gaji 2xganda dari aku...x kawin tu..kata...haa oklah tu..so we ols xyah kuar duit lagi...MASYALLAHHHHHH aku rs nak pitammmmmmm..pls tulunnnnnnnnn tulunnnnnnnnn TULUN KELUARKAN SAYA DARI OFIS INIIIIIIIIIIIIIIIIII...

apa2 pun kejap lagi aku kena pi beli kad tu...esok my bos nak fly dah...huhuhuhu
keje ngan 2 ketul lagi terok keje ngan byk org...huh


Rabu, 30 Mei 2012

JOM DIET = KEBAIKAN LEMON + AIR SUAM

 
Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.



nota bijik: aku akan terai buat..insyallah mulai bln dpn bermulalah diet aku cewahhhh yoyo oooo je ko el...ek elehhhhh be strong kuatkan iman teguh dan berdisplin
rs nak muntah ijo plak moto aku...1kg 1hari caiyokkkkkkkk :)



jom kwn2 kita tgglkan nasi lemak teh tarik roti canai segala mak nenek berlemak itu gantikan menu sihat

breakfast: 
1 sudu kecil olive oil
5minit then mnm air suam+madu+hirisan lemon
then selawat mkn 6bijik kurma  
insyallah leh tahan sampai ke petang


masyallah betul ke niiiiiiiiiiiiiii muahahahahahaha

MASTERCHEF SELEBRITI - MEJAR DR FAIZ TERKELUAR


meriah betul Masterchef Selebriti 2012 kali ni
mcm2 hal...ribut taufan dah kt lam Masterchef tu
aku tgk pun gelak guling2 tgk keletah sorg2 selebriti tuh
yg x menahan tu sape lagi kalo bukan selebriti superduper diva tu tu
Azwan Ali (AA)...smlm tgk dia jd leader rs nak hempuk2 beliau..mulut x sudah2 bising pokpetpokpet..pasal bwg pun nak gaduh..itulah AA..kalo x kecoh x gempak xbising..xwat drama queen x sah..mmg pagai lagu tu..nikan juri Adu tu pun faham perangai AA mmg mcm tu kahhhhhhh

yg paling aku nak tergelak taim nak singkir tu...tu dia AA menangis esak2
smpi gulung2 kain selendang beliau..nasib ko baik AA..ko x singkir...
nasib x baik tuk Mejar Dr Faiz...tp tabik beliau pun pandai masak...telor dadar vege smlm mmg sedap komen dr pihak juri hehehehe
 

uolsss amek bwg aiiii...mn bwg aiii..muahahahaha


Nasi Arab Ostrich Jelita

taim aku tgk Azwan msk nasi arab tu kan..tu dia rempah ratus pyalah byk dia masokkan..mnlahpara juri x komen too strong bau nasi arab tu ngan rempah2..wakakaka

Telur dadar vege masak by Mejar Dr. Faiz..sedap kata para juri

Gulai Daging Hijau by Raja Azmi....dgg liat kata para juri



ntahlah aku tgk rmi yg komen kt fb psl Masterchef Selebriti ni x puashati dgn penykirang Mejar Dr Faiz..yg paling layak terkeluar sape lagi Azwan Ali lor...tp aku rs Astro takan keluarkan Azwan Ali yg kecoh tu..lagilah org menyampah tgk AA tu lagi org tgk Masterchef tu muahahahahah...naiklah rating Masterchef tu ye dok...biasalah drama2 ni mmg org suka tgk kahhhhhhhhhhhhhhh


Selasa, 29 Mei 2012

GAMBAR ANAK TOMOK TERBARU

GAMBAR ANAK TOMOK TERBARU

Alhamdulilah isteri Tomok, Ayu selamat melahirkan baby boy hari ini 29/5/2012 kira2 jam 6.30 petang tadi. Berat baby 3.33kg. Nama belum diketahui lagi. Alololo comeynye bb..buat aiii geram nak gomol2 nak shiom2 lah..adoyaiiiiii 


Tomok share berita gembira ini di halaman twitternya




Tahniah pada Tomok dan Ayu





nota bijik: haiiii taun ni byk dpt bb boy..caner ni yunk..aii pun nak gak hahahahaha





ELIA JEJARIRUNCING NAK KAHWIN?


Sedikit gosip ringan daripada kami. Setakat ini masih tiada sebarang kata-kata pengesahan daripada mulut Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 23 tahun mengenai perancangannya untuk berkahwin. Namun, seorang peminat memaklumkan bahawa Elia dipercayai akan melangsungkan perkahwinan berdasarkan sebuah artikel berjudul ‘Type-Less Thursday‘ dimana dia telah menghadiri ujian saringan HIV sebagai memenuhi prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan perkahwinan.

Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapakah Elia? Dia merupakan seorang wanita yang pernah singgah di dalam hidup penjaga gol Malaysia, iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Mengimbas kembali, ikatan pertunangan mereka telah diputuskan atas sebab peribadi sehingga membangkitkan kontroversi ekoran pelbagai kenyataan-kenyataan panas seperti yang dipaparkan dalam surat khabar mahu pun blog tempatan.

Sekitar Ogos tahun lalu, Elia mendakwa Apek mula berubah sikap terhadap dirinya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.

Kemudian, Apek telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan 3 hari selepas tamatnya perlawanan Malaysia Vs Singapura yang berlangsung pada 28 Julai 2011. Pada April tahun ini pula, Apek pernah memberikan kenyataan kepada wartawan URTV bahawa dia sudah single dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarganya terlebih dulu.

Berbalik kepada topik asal, kami percaya Elia juga telah belajar daripada pengalaman lalu dan tak salah rasanya jika kami ucapkan selamat berumahtangga kepada dia. Tahniah buat Elia!

sumber 


nota bijik: sejak Elia pakai tudung ni kan muka dia berseri2...dulu xpki npk comot skit..hehehehe then nape eh derang pggey Dahlia TECK...teck stand for what hor?hehehe


PEMILIK NOMBOR PLAT WWW 1


SIAPA PEMILIK NOMBOR WWW 1???kwn aku ke?tok aku?jiran aku?kahkahkahkahkahkahhh
ampun tuanku....DYMM Sultan Ibrahim Johor....tuanku sgt2 mavlesss..nti selisih jgn lupa lambai2 kat aii taw...hahahahaha

giler kentang tu dia 520K..masyukkkkkkkkkk
kalo aku dpt 520K sure bertidokan tilam duit kahkahkahkahhh

Pemilik nombor WWW 5 plak...DYMM Seri Paduka Baginda Dipertuan Agong



jdlah aku pun dpt gak www...www.arwendanish..lg best...muahahahaha

MISHA OMAR TANGGUH KAHWIN

 
PASANGAN bakal pengantin ini bersama anak angkat mereka, Muhammad Adam Emir yang di bawah jagaan Misha sejak usianya enam bulan.
 
MISHA Omar antara penyanyi yang jarang berahsia tentang kerjayanya dan juga jejaka pilihan hatinya. Penyanyi berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu misalnya, telah mengumumkan pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu.
Sayangnya, tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa ditunda pada tahun depan kerana sebab tertentu. 

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar sekali lagi tidak berahsia tentang masalah tersebut. Malah turut menjelaskan kepada media massa mengapa dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya itu.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya pada tahun depan bagi memberi peluang kepada bakal suaminya yang kini sedang menjalani latihan sebagai juruterbang di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Isnin, 28 Mei 2012

WARDINA TERIMA PANGGILAN LUCAH




KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

MENATAP KESYUKURAN

ok x tajuk n3 cam tu..mcm riak ke?...gasak lah kome kehkehkehkeh
alhamdulilah skang ada 3BE dok lari2...harap2 makin gemuk la hehehehe


BE terbaru dr RHB gak...RHB ni cm tahu2 isi hatiku..ngeh3x


oklah sgt2 bersyukur atas rezeki olehNYA..selamat menjamu mkn tghari..ni je lunch kami anak beranak
nasi ayam sajok...xde sos kicap or sos pedaas sbb cili xde..hehehe jdlah kenyang perut sukati..alhamdulilah
jgn lupa eh klik2 lah nuffnang aku tu...

cam biasa luv nuffnang ketat2...skang ni npknye nuffnang x kedekut lah hahahaha

KAMI DI PETROSAINS

 Petrosains kt KLCC eh???baru ku tahu kahhhhhhhh
b4 tu terpinga2 aku..napelah en. od bw kami g KLCC..kata nak g Petrosains..takan en. od nak g sopin kot..poket tgh kering ni...diam seribu bahasa..ikot je vonto en. od
sampai level 5 barulah tahu...Petrosains kt KLCC rupanya..hahahahaha

Sampai gak kami di Petrosains yg dulu nak pi xdpt2..ni sj nk bw anak2 pi teroka sains kt dlm tu..teroka la sgt kan hahahaha motif nak tgk dinosor muahahahaha

Masok2 je kan aku pun pelik..kena naik kete tolak berpusing aku igt cam nak nek roler koster tu..ampehhhh slow cam siput..rupanye dia sj nk briefing apa itu Petrosains blablablabla...sudahhhhhnye abg danish takot nak  msok sbb gelap yg amat..aku kata kita nak tgk dinosorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrRRRRRRRRR grrrrr...jerit2 dia xmo masok..last2 mama giveup..kata xde dinosor lahhh...nyamfahhhh


see abg danish ngan arwen takot smpi nyorok belakang abah..taim ni mmg gelap..smpi kt tgh2 tu..baru cerah ada slide besar2 psl Petrosains...see Alana budak tecit tu kool je kan..muka heran toksah katalah hahaha


Alana tgh teroka sains hehehehe smpi xbunyi apa2 pun...xcited sgt la tu
 

msok dlm2 dah cerah..so budak berdua tu dah ok..jumpa mende korek2 ni..sgt suka abg danish tmpt korek pasir ni..hahaha


yg ditungu sudah sampai...masok2 je dah dgr sore dinosor..mula2 xmo masok..cam biasa tmpt gelap..gigih tarik depa dua ni masok...ha ketemu jugak trex ngan abg danish..smpi arwen tutup tinge sbb takut bunyi dinosor n mcm2 bunyi dlm tu hahahahaha..abg danish kata..dinosor tu babai kt abg lah mama...yelah tu..bukan lambai la...tgn dia tu mmg gerak2 mcm tu hek elehhhh


saya prof arwen...slmt datang ke Petrosains..hahahaha


ni tempat gempa bumi..leh rasa gempa bumi tu..gempa la sgt 
 

abg danish n the geng tgh test drive kete F1 :)


xceli byk yg xdpt nak teroka..sbb kami smpi kul 3ptg..tutup kul 4.30ptg...mn lah sempat nak teroka lama2 dlm tu...jdlah kasi budak2 tu enjoy kan..tu yg most important



 

RITA RUDAINI SERAHKAN SEGALANYA PADA ALLAH

SAAT artikel ini dikarang (Selasa lalu), Rita barangkali sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, menantikan saat akhir untuk berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah buat kali kedua.

Pastinya pemergian kali ini lebih membahagiakan Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar (Rita), 36, apabila turut ditemani dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1.



Bagaimanapun, suaminya juga bintang bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 25, tidak turut serta.

“Dia (Aidil) tahu Rita ke sana bersama anak-anak dan keluarga. Sejak tujuh tahun lalu, ibu bapa Rita setiap tahun tidak pernah terlepas mengunjungi Tanah Suci dan setiap kali itu mereka tidak akan lupa mengajak Rita, cuma Rita saja yang ada halangan.

“Namun Rita percaya, kalau seruan itu ada, ia tidak akan ke mana. Alhamdulillah, tahun ini selepas sekian lama terhalang hasrat hati, Rita berpeluang menjejakkan semula kaki ke sana (Makkah) dan tentunya lebih menggembirakan apabila kali ini anak-anak juga dibawa bersama.





“Biar apapun kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi Rita ketika ini, Rita mohon segala urusan di sana dipermudahkan dan berharap ada sesuatu membahagiakan menanti Rita apabila pulang dari Tanah Suci,” katanya yang berangkat pada 22 Mei lalu.

Mohon dimurahkan rezeki dia dan anak-anak, Rita yang kali terakhir menunaikan ibadat umrah tujuh tahun lalu juga berharap kunjungan itu bakal memandu keputusan bakal dibuatnya kelak berhubung pergolakan rumah tangga yang membelenggu dirinya sejak beberapa bulan lalu.

Umum tahu bahawa suaminya, Aidil menarik semula permohonan cerai yang difailkannya pada 30 April lalu. Bagaimanapun, hubungan mereka sama ada sudah kembali tinggal sebumbung belum dapat dipastikan lagi.

“Saat dia keluar dari rumah Januari lalu sampai sekarang, meskipun sudah membatalkan permohonan cerai, dia masih belum pulang ke rumah untuk berbincang dengan Rita. Itu saja yang Rita boleh katakan kerana pada 18 Jun nanti akan ada lagi perbicaraan kami di mahkamah.

Rita tak mahu ganggu perbicaraan mahkamah dan tidak boleh keluarkan sebarang kenyataan buat masa ini bagi menghormati prosiding mahkamah. Terus terang Rita sendiri tidak ada masa untuk fikir apakah tindakan yang seharusnya Rita ambil.

“Apa yang boleh Rita katakan, Rita serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. Kalau jodoh kami masih panjang, Rita terima dan jika sebaliknya pun Rita akan reda.

“Bagi Rita, apa saja keputusannya nanti, ada hikmahnya. Rita tidak mahu menolak takdir. Tuhan Maha Mengetahui.

“Pada awal persengketaan kami, tiap-tiap hari Rita menangis sampaikan sudah kering air mata. Tapi sekarang Rita rasa, hidup Rita dan anak-anak lebih tenang, tak susah dan lebih gembira,” katanya.

Ditemui di lokasi penggambaran drama Ameera di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Ahad lalu, Rita berjaya menutup perasaan pilunya malah menjawab setiap soalan dengan tenang.

Tidak mahu membohongi diri, di mana ada kalanya masalah yang dihadapi mengganggu emosi ketika di set penggambaran, namun dia wajar berfikiran rasional kerana kesedihan tidak akan membantu hidupnya.

“Kita tidak boleh tinggal atau lari daripada masalah. Ia akan sentiasa mengekori kita. Apa yang kita boleh buat adalah mengawal emosi dan cari ketenangan. Kita juga perlu menghormati kerja orang lain. Jangan susahkan orang sebab masalah kita.

Rita bersyukur kerana ada anak-anak. Setiap kali rasa sediah, Rita bayangkan wajah mereka, sekali gus mengingatkan Rita bahawa apapun yang berlaku Rita ada anak untuk dibesarkan. Merekalah penawar duka hati Rita sebenarnya.

“Selalunya Rita akan rasa terhibur kerana anak-anak turut bersama di lokasi penggambaran. Mana-mana penggambaran secara ‘indoor’ dan tidak membabitkan banyak babak, Rita akan bawa mereka bersama. Alhamdulillah, mereka tidak pernah merengek atau mengganggu Rita,” katanya.

Tinggalkan kisah sedih hidupnya, kebelakangan ini wajah Rita kembali menghiasi kaca televisyen bahkan wanita kelahiran Perlis yang cukup jelita itu khabarnya terikat dengan beberapa penggambaran drama termasuk filem.

Ketika soalan itu diajukan, bingkas Rita, selama ini orang memang tahu dia sentiasa meletakkan keluarga di tempat pertama. Bagaimanapun, dalam keadaan dirinya yang terkapai-kapai, dia perlu bekerja dan mencari rezeki untuk anak-anak.



Ahad, 27 Mei 2012

MASTERCHEF SELEBRITI 2012 DI ASTRO RIA


mmg x sabar nak tgk MASTERCHEF SELEBRITI 2012
di ASTRO RIA semalam...mmg best n lawak bebeno
lagi2 ada Farok ngan Angah maharaja lawak tu...mmg x kering gusi smlm nengok deme dua ni..ngan karektor azwan yg superduper hover tu..menambahkan lagi masterchef selebriti seronok ditonton

bila tgk Jehan Miskin..beb dia pandai masak ke?nak tergelak jugak ms Chef Joe kata...kamooo amek daun pasli yg dihiaskan di bahagian ayam mentah?itu bukan untuk dimkn...harap lain kali berhati2...wakakakaka sabau je lah ngan Jehan tu...

yg si Soo Wincci pulak siap buat kepala ayam mengunakan terung..kahhhhh
Dgn kehadiran Juliza Adlizan sedikit sebyk memberi impak pd yg lelain tu...




Peserta Selebriti yang terlibat untuk menderma kepada badan2 kebajikan


Reaksi peserta semalam dgn Cabaran Pertama Pot Luck 



Antara menu2 yg disediakan oleh Peserta ialah:


 Karl Shafek – Apam Baghdad
(aku mmg nak tergelak yg deko si Karl ni taw....boleh dia letak rempah2 tu byk2 kt dlm apam dia tu..ate caner nak mkn...bau rempah tu kuat sgt..potong je nti..samalah komen dr Chef2 kt situ) wakakakakaka


 Soo Wincci – Ayam Bakar Berperisa Kopi dengan Sos Coklat


 Farouk – Puding Roti “Chikaboom ke Bebeh!”


 Serina – Dendeng Belado Minang dan Masak Lemak Pucuk Manis


 Azwan Ali – Rendang Mak Tom Istana Bahagia


nota bijik: smlm bila diteliti...yg ada kreativiti Dr. Fazley, Juliza dan Serina
tp ntahlah..tgk lah smpi yg ke final nti ahaks...

MASTERCHEF SELEBRITI 2012 bermula 26hb Mei, 2012
di ASTRO RIA (104)  jam 9.00mlm atau MUSTIKA HD (134)


SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG dan SAYUR LEMAK PUCUK MANIS

assalamulaikum n slm hari ahad yg ceria ni
hot sggh lah cuaca..tp mlm sejuk hujan sesj kt sini...
baru pas msk lauk for lunch
rini msk Sambal Tumis Sotong Kembang dan lawan ngan
Sayur Lemak Pucuk Manis...hehehehe
xsabau nak bedal..sbb td x bekpes pun
smtara nak bedal nasi..update n3 psl lauk yg ku masak rini

nak resepi ke?..xyah lah eh..just gugel jek hehehe


Sambal Tumis Sotong Kembang


Sayur Lemak Pucuk Manis



kamoo org masak n lunch ape rini?



Sabtu, 26 Mei 2012

PERIKSA DULU SEBELUM DUDUK






nota bijik: nah gak aku bayang mcm ni bila nak g toilet..ha mau aku menjerit mcm org histeria...takotttttttttt


GAMBAR ANAK EKIN DAN MAWI TERBARU

TIADA ayat yang mampu menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya pasangan ini saat menerima khabar berita mereka bergelar ibu selepas tiga tahun menanti.

Berbaloi penantian itu dirasakan apabila pada tanggal 28 Februari lalu, wajah zuriat comel mereka itu dapat ditatap buat pertama kalinya. Dinamakan dengan sepotong nama yang cukup indah, diam tak diam Cahaya Malaika kini sudah pun berusia tiga bulan.  

GAMBAR ANAK EKIN DAN MAWI TERBARU


Baik suami yang juga penyanyi popular, Asmawi Ani (Mawi), 31, mahupun isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33, kedua-dua menyifatkan kehadiran puteri kesayangan itu sebagai pelengkap rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 Disember 2008.

Mawi saat ditemui di kediamannya berlokasikan Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, pagi Rabu lalu, berkata, Cahaya bayi seorang bayi yang tidak banyak kerenah.
“Dia hanya menangis kalau nak susu, selebihnya dia akan tidur. Alhamdulillah, tidak susah nak menjaganya. Saya juga semakin biasa menguruskannya dengan Ekin. Bila sudah jadi ayah, hidup pun terasa lain.


“Setiap kali menatap wajah Cahaya, saya pasti teringatkan emak dan arwah ayah. Baru saya tahu betapa seronoknya ibu bapa kita apabila menjaga kita ketika kecil.

Cahaya adalah harta paling bermakna dalam hidup kami berdua. Saya berharap dapat menjadi ayah yang bertanggungjawab, membekalkan ilmu dunia dan akhirat buatnya, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Ekin memaklumkan, sebelum berkahwin lagi dia sudah membataskan karier seninya dan apabila bergelar ibu, Ekin mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan.

“Saya sudah tidak mahu berlakon lagi kerana mahu membesarkan anak sendiri. Komitmen saya sekarang selain keluarga adalah sebagai duta tudung Ariani. Beberapa hari yang lalu, saya baru saja terbabit dalam fotografi untuk koleksi terbaru Ariani.

“Tinggalkan Cahaya sekejap pun sudah buat saya resah gelisah, mujurlah emak dan nenek ada. Cahaya masih lagi menyusu badan tapi tidak susah tinggalkan dia kerana Cahaya lebih gemar minum susu badan menggunakan botol.

“Pengalaman menjadi ibu sangat membahagiakan saya, tambahan tiga tahun menunggu untuk dapatkan anak. Alhamdulillah, Cahaya anak yang senang sangat dijaga,” katanya.

Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini.

“Saya sedang dalam perancangan menyiapkan single pop terbaru berjudul Termolek, hasil ciptaan Datuk M Nasir dan liriknya ditulis Ad Samad.

“Kemudian pada Jun, penggambaran muzik video lagu ini akan dibuat seterusnya ditayangkan secara ekslusif di Astro. Untuk muzik video itu, Irwan iaitu pengarah bagi muzik video Tak Mungkin Berpaling yang pernah dinyanyikan saya secara duet dengan Zamani masih dikekalkan.

“Sejurus selepas pelancaran muzik video berkenaan, syarikat saya, MW Entertainment Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Arteffects Sdn Bhd untuk menghasilkan album Asmaa-Ul-Husna yang berkaitan iaitu nama-nama Allah SWT.

Tumpuan Mawi tidak terbatas kepada pembikinan album saja malah MW Entertainment Sdn Bhd sedang merencanakan telefilem terbaru, Siapa Dapat Lisa yang dibintangi oleh SepahTu dan Didie Alias. Sebelum ini, syarikatnya itu pernah menerbitkan drama Paknil Ibu Kirim Salam, Seruan Pulau Nami dan Jiwa Kacau.

“Alhamdulillah perlahan-lahan saya usahakan dan kini saya sudah boleh tersenyum dengan pencapaian MW Entertainment. Bermula dengan hanya menerbitkan program pengembaraan sendiri, Langkah Mawi dan sekarang saya semakin berani untuk lebih serius dalam penerbitan drama pula.

Sinopsis Siapa Dapat Lisa adalah sebuah telefilem yang akan ditayangkan pada 23 Ogos sempena sambutan Aidilfitri nanti. Ia mengisahkan dua pekerja bengkel yang cuba merebut hati seorang gadis jelita, Lisa yang baru saja berpindah ke kampung. Setakat ini, saya masih lagi tercari-cari pelakon yang sesuai membawakan watak Lisa.

“Konsep yang diketengahkan masih sama seperti beberapa drama yang pernah saya terbitkan sebelum ini iaitu komedi kerana saya suka menghasilkan sesuatu yang menghiburkan penonton. Tambahan pula, Siapa Dapat Lisa akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti justeru, bertepatan suasana hari raya yang meriah dan menggembirakan.

“Drama ini begitu menarik kerana tidak sekadar menampilkan SepahTu, tapi plot ceritanya juga berbeza yang mana perebutan antara dua lelaki itu penuh drama dengan elemen melucukan. Ia memaparkan gelagat Jep dan Shuib yang berusaha menambat hati orang tua Lisa semata-mata ingin mengurat gadis itu.

“Saya yakin penonton akan terhibur dengan lakonan mereka terutamanya apabila saya cuba menyuntik cara tradisional orang lama dalam usaha mendekati anak gadis orang dengan memenangi hati orang tua,” katanya.

Cenderung menerbitkan drama dan telefilem bercorak komedi, bukan bererti MW Entertainment Sdn Bhd tidak berkemampuan menghasilkan drama berat.

“Selepas raya, MW Entertainment Sdn Bhd akan memulakan penggambaran Bil Terakhir. Bil Terakhir ini mengisahkan apabila kita sudah mati, bil terakhir kita adalah amalan untuk dihitung,” katanya.



nota bijik: alolololo comey betul anak beliau..nama pun indah bangat seh...ermmm nak belilah anak tudung cam Ekin tu...hey el brani ke pakai? kahhhhhhhhhh

Jumaat, 25 Mei 2012

DRAMA AMEERA


Sekuat mana pun kasih sayang dan ikatan sesebuah perkahwinan, namun tidak dapat menandingi kehebatan zuriat terutamanya pertalian darah dari rahim yang sama. Hayati kepasrahan Ameera, walaupun hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang dinikmati akhirnya terjejas apabila mulai terasa kekosongan kerana masih belum dikurniakan anak.
Atas desakan ibu mertua, akhirnya Ameera mencadangkan suaminya mendapatkan isteri kontrak untuk melahirkan anak. Apakah tindakan Ameera akan membawa kebahagiaan ataupun mencetuskan pelbagai masalah dalam rumah tangganya nanti?
Menyusuli Mahabbah, saksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Murali Abdullah menerusi drama bersiri “Ameera” di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 23 Mei 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.
Drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.



Jadi, janganl lepaskan peluang anda untuk menonton drama bersiri ini di TV3!

nota bijik: start aku tgk iklan promo kt tv..aku x sabau2 nk tgk drama Ameera ni..tp tulah terlepas lak drama mggu ni..sbb aku bz skit lor...katanya drama ni mmg mavles...gandingan syamsul ngan rita pun hebat jugak..ni yg nak tgk nxt week...