Isnin, 17 Disember 2012

RESEPI NASI HUJAN PANAS

Assalamulaikum n salam sejahtera kwn2 semua
rasanya semua dah berlunch bagai eh..mkn pe rini..untunglah sape yg dpt mkn free hehe
so smlm dah cuba masak Daging Kerutuk..mmg sedap (harus puji diri sndiri uols)

So hari ni masak menu Nasi Hujan Panas plak..dah lama nak cuba tp tulah 
ckp mulut je kan ekeke
Senang rupanya msk Nasi Hujan Panas ni. Caranya spt kita masak Nasi Minyak


Yang best tu anak2 lah paling teruja..wahhhhhhhh mama...mama masak nasi kaler2..mcm kita mkn nasi ritu (nasi arab) hehehe..bertambah2 lak derang mkn..suka suka suka hehehe

Jom kita layan Resepi Nasi Hujan Panas


Bahan2:
3 tin  beras (aku pki beras biasa jek) dicuci bersih

Bahan Tumis:-
1 1/2 bwg besar dihiris
3 ulas bwg putih diketuk
1 inci halia dihiris
Buah pelaga
Bunga Lawang
K.K. Manis
Bunga Cengkih
2 helai daun pandan

3 sudu besar myk sapi
1/2 tin susu cair
Kiub ayam knor
Air secukupnya
Garam secukupnya
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara:-
Cairkan myk sapi. Tumis bahan tumisan tadi. Dah naik bau dan garing masokan terus dalam beras yang telah dicuci (dalam rice cooker) gaul sebati. Masokan air seperti kita masak nasi biasa bersama kiub ayam knor. Masokan susu cair dan kiub ayam knor serta garam. Kacau sebati dan tutup.

Nasi dah mula kering, buatkan lubang2 tuk letakkan pewarna. Tutup periuk. Setelah nasi masak baru gaulkan nasi tersebut. Wallah siap Nasi Hujan Panas makan sekali bersama


Ayam Masak Merah


Kerabu timun karet


Selamat Mencuba :)

4 ulasan:

  1. wah sedap nya aku tengok. nasi hujan panas tu tersangat lah ceria.

    BalasPadam
  2. Pergh!!! berhujan panas pulak si EL ni...heheh..

    BalasPadam
  3. ehem..sedapnya..nak sikit !!..

    BalasPadam