Khamis, 27 Disember 2012

GAMBAR TERBARU NURUL WAHAB BERSAMA SUAMI







Sempena sambutan tahun baru, penyanyi terkenal Nurul Wahab dan suami tercinta, Eric Depp telah terbang ke Perancis bagi meraikan perayaan Hari Natal bersama keluarga tersayang.

Menerusi blog Nurul Wahab, penyanyi ini dikatakan akan berada di negara tersebut selama tiga minggu iaitu bermula 19 Disember hingga 11 Januari akan datang.

Sepanjang berada di Perancis, Nurul telah kongsikan beberapa foto detik-detik indah dirinya bersama keluarga mertua di laman Instagram dan nampaknya Nurul begitu teruja apabila pertama kali menyambut perayaan Hari Natal bersama ibu bapa Eric.

Menerusi foto yang dipaparkan, Nurul telah menghadiahkan ibu mertuanya sehelai turban rona oren rekaan Ifa Raziah yang dikenali sebagai Serifa Turban.

Dalam pada itu, Nurul turut memuat naik beberapa rakaman video mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sepanjang berada di Perancis menerusi laman YouTube yang dikenali sebagai Nurul Wahab Channel.

4 ulasan:

  1. tgk kat 104 malam tadi destinasi cinta...nurul dan suami dia laa gi mabul...untong lah dia dpt pi mabul free...

    BalasPadam
  2. tertgk juga promo dlm dentinasi cinta tu... serasi bersama nampaknya mereka berdua tu.

    BalasPadam
  3. semuga dia berbahagia dgn perkahwinan kali ke2 ni..

    BalasPadam