Isnin, 10 Disember 2012

GAMBAR PERTUNANGAN SHAHRIZAL JASZLE


Pelakon kacak, Shahrizal Jaszle atau Shah Jaszle telah mengikatkan tali pertunangannya bersama Redzwani Puteri di kediaman keluarga perempuan pada hari Sabtu yang lalu.


Kedua-dua pasangan ini yang baru menjangkau umur 24 tahun mengambil keputusan untuk mengikatkan tali pertunangan setelah setahun mengenali diri masing-masing.


 Difahamkan, Shahrizal Jaszle pada mulanya ingin melaksanakan perkahwinan secepat mungkin, namun diminta oleh ahli keluarga perempuan supaya mengikut adat memandangkan Redzwani Puteri adalah puteri bongsu mereka.


Apatah lagi, Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu.


Pelakon berusia 24 tahun ini mengaku telah mengenali dahulu tunangnya sebelum dia mempunyai hubungan bersama bekas kekasihnya, Miera Liyana.

“Saya mula mengenali dia (Redzwani Puteri) sekitar 2 tahun lepas.
“Malah ibu kami berdua memang mempunyai hubungan yang rapat.” jelas Shahrizal.
Ditanya bilakah dia akan melangsungkan majlis perkahwinannya, Shahrizal menjawab, “Kami mengikat tali pertunangan selama satu tahun setengah untuk membuat persiapan. Lagipun dia masih melanjutkan pengajiannya.”

Menurut pelakon filem ‘Azura’ ini, dia membuat keputusan untuk menjadikan Redzwani Puteri sebagai teman hidup adalah kerana tunangnya sangat memahami dirinya.

“Dia seorang yang pandai berdikari dan sangat penyabar. Dia juga tahu dan faham kerja saya. Apatah lagi dia tak pernah bagi tekanan pada saya".

 

nota bijik: ayu cantek n manis tunang shahrizal ni woohooo..doktor lak tu woohoo haha
semoga ikatan ni menjadi satu ikatan kekal abadi ea amin :)

4 ulasan:

  1. pic 1st tu cantik..
    ok la dia ber2.nmpk padan

    BalasPadam
  2. ya dorang ni memang nampak sepadan. tahniah

    BalasPadam
  3. Tahniah..dpt doktor..semuga berkekalan hingga kepelamin..

    BalasPadam
  4. doctor muda tue... betoi kata wantie.. mmg nmpk sepadan

    BalasPadam