Sabtu, 22 Disember 2012

TERBARU: GAMBAR PERNIKAHAN ANNE NGASRI DAN MOHD SUMALI REDUAN


Dengan sekali lafaz, Nasriah Binti Hj. Ngasri atau dikenali sebagai Anne Ngasri, 28 telah bergelar isteri kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40 di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor, tepat jam 11:08 pagi tadi. 


  
Mohd Sumali telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Hj Ngasri Bin Sain dengan mas kahwin RM 22.50 beserta hantaran berjumlah RM11 111.



Mohd Sumali yang mengenakan baju melayu lengkap bersongket menerima 5 dulang hantaran berupa set wangian Bvlgari, jam tangan berjenama Cerruti 1881, persalinan baju melayu, dan sebentuk cincin.


Manakala, Anne Ngasri yang anggun mengayakan busana berwarna putih krim menerima 5 dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan persalinan wanita.


Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 100 tetamu jemputan turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.



Mohd Sumali & Anne Ngasri dijadualkan akan mengadakan majlis persandingan pada 23 Disember 2012 (Ahad) di kediaman keluarga lelaki, Pontian, Johor.

sumber: rotikaya ohbulan


gambar PERKAHWINAN sila klik SINI


Tahniah Anne dan suami...smoga bahagia kekal selamanya hgga ke shurga ok


  

11 ulasan:

  1. semoga berkekalan la hendaknya kan. sian plak tgk anne ni :/

    BalasPadam
  2. sweet.. semoga berkekalan demi dia dan anak2.. insyaAllah.

    BalasPadam
  3. eh! bukan ke hrtu dia kapel ngn alif aziz??

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah putus kak..tup2 xsmpai bape mggu terus tunang..n skun kawin ngan ahli politik ni hehe

      Padam
  4. wehhhhhhhhhhhh dah kenapa ngan sumali tuuuu

    gemuknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
    happy ke ???
    waduhhhhhh seeh aku tgk dikkk !

    dulu masa dia tunang nampak lahhh slim sikit ..
    nie dah rupe org menggah aje nieeeeee adehhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  5. Tahniah dan selamat pengantin baru buat anne n suami.

    BalasPadam