Rabu, 12 Disember 2012

BEKAS PENYIMPAN MOHON BESAR RAJA-RAJA, ENGKU TAN SRI IBRAHIM MENINGGAL DUNIA


  
BESUT 12 Dis. - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.


Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.


Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.


Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - BERNAMA



alfatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 yang beriman amin.

9 ulasan:

  1. takziah.. semoga dicucuri rahmat. al-fatihah

    www.fatinzaini.com

    BalasPadam
  2. Al Fatihah.
    Psttt...El Fm dah sampai.tq ye.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah...
    teringat kecil2 dulu dok tunggu arwah buat pengumuman masa nak raya...duduk depan tv jam 8pm...

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah.. moga rohnya di cucuri rahmat

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

    BalasPadam