Selasa, 27 November 2012

ZAIN SAIDIN SUKA PADA ROZITA CHE WAN


Kalau sudah namanya suka atau pun cinta, perbezaan umur pun tidak menjadi masalah, kan? Kalau bukan umur, cukup dengan perwatakan yang menarik serta keikhlasan hati pun sudah boleh menambat hati insan yang lain.

Itulah yang diakui sendiri oleh pelakon kacak berusia 28 tahun, Zain Saidin kepada akhbar online tempatan mengenai perasaannya terhadap pelakon jelita, Rozita Che Wan, 39. Adik kepada Sasha Saidin ini juga tidak menolak jika mereka berdua ditakdirkan bersama.

“Dia seorang wanita yang baik dan ikhlas. Jika tertulis ada jodoh antara kami, saya tidak menolak. Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen.” – Zain Saidin dipetik dari mStar Online.

Tidak berhenti disitu, Zain mengaku dia sememangnya mahukan Rozita Che Wan namun hubungan mereka setakat ini hanyalah sekadar kawan biasa.

Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa yang kami lalui sekarang. Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak,” terangnya.

Baru-baru ini, Rozita Che Wan telah dikaitkan dengan Shah Iskandar, pelakon yang berganding bersamanya dalam drama ‘Kiah Pekasam’ sehingga dikatakan menimbulkan rasa cemburu pada Zain Saidin. 


terus aku gugel sapalah Shah Iskandar ni..walaweiiiii dia ni ke...woooohooooooo!!!!kacak giler dow...lakonan dia not bad gak... ok ok babai ady putra..i got new bf gelap suda hahaha..org singapore rupanya...model lak tu..pttlah ada style dow haha

 








nota bijik: ayat memang mahu tu xleh tahan hahaha

2 ulasan:

  1. hang ni kan el. tetiba je leh tukar BF gelap. nanti gugel lagi jumpa yg ensem, tukar lagi. dan lagi dan lagi.. dan seterusnya.....

    BalasPadam
  2. kalau jodoh apa slhnya kan..hehe..

    BalasPadam