Khamis, 29 November 2012

TAKUT GEMUK IQRAM DINZLY TINGGALKAN JALAN-JALAN CARI MAKAN MEH


Ramai peminat memberikan reaksi yang positif terhadap mutu pengacaraan Iqram Dinzly dalam program Jalan Jalan Cari Makan selepas menggantikan .. anda tahu siapa.

Namun, ada berita yang kurang gembira untuk peminat program ini apabila Iqram Dinzly khabarnya enggan menyambung tugas beliau itu di’musim yang akan datang.

Sehingga kini, menurut Iqram Dinzly beliau telah merakamkan 20 episod untuk program tersebut tetapi sama ada beliau akan teruskan tugas itu ianya masih dalam pertimbangan.

“Bukan kerana tidak enjoy mengacara program tersebut, tetapi penambahan berat badan membuatkan saya agak bimbang untuk meneruskannya,” ujar Iqram Dinzly mengulas perkara ini.

Iqram Dinzly berkata kepada Media Hiburan baru baru ini yang jika di’takdirkan untuk terus bersama program tersebut, beliau akan teruskan — jika tidak, ia satu pengorbanan.

Apa kata anda? Anda mahu Iqram Dinzly terus mengacarakan Jalan Jalan Cari Makan atau anda bersedia untuk menerima orang baru menerajui program makanan tersebut? Heh.

rotikaya


alahhhh takut gemuk gilah GYM..xde mslh lah bro..:)

bg aku oklah iqram ni host JJCM dr budak berdua tu wakakaka..alah sng amek aku jelah jd host..confem terliur meliur meleleh siot org tgk xsabaq nak pi terjah kedai  mkn tu wooooohoooooooooo haha

8 ulasan:

  1. suka dia di JJCM.. kalau bukan dia mesti kurang best dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. alah aku ada pasni jd host..lg best wooohooo hahaha

      Padam
  2. hmm... ganti baliklah dengab maria tengku sbri tu. dia tu kan dah ada ciri ciri yg boleh buat orang rasa nak makan bila tengok di amakan.

    BalasPadam
  3. akak suka gak si Iqram Dinzlyni.. sebab nampak sedap dia makan tak main2...
    takperler nak buat camnerkan kalau dia rasa itu yang terbaik untuk dia...

    BalasPadam
  4. dia x der masa nak gi gym maaaaaaaaaaa
    mana ada masa kalau sebuk ngan makan aje .. lepas makan letih tidoooo
    ahahahha org handsome kann
    kena maintainn maaaaaaaaaaaa !
    ahahahha
    kena stop progranm tuu
    sbb aku x tahan tgk muhahahahahahah

    BalasPadam
  5. bg kebanyakan orang...nk gemok senang. tp nk kurus punya laa susahh walaupun 1kg, hoho...

    **header yg dh cukup korum ye, hehe..

    BalasPadam
  6. ehem mama pun suka dia jadi pengacara JJCM tu..meriah !!..

    BalasPadam