Khamis, 22 November 2012

RESEPI KURMA AYAM TOMATO

 Rs semua tahu msk kurma..bek kurma teloq..ayam..dgg dan swaktu dgnnya
Sllu aku masak kurma..just tumis bhn2 mcm bwg merah/putih halia, rempah ratus ubi n ayam jek

Tp kali ni aku try satu resepi dari abg mat gebu..mmg marveles wa cakap sama lu..haha
Kuahnya yg lemak2 tu lagilah sodap..mmg bau semerbak ngan memasukkan daun pandan ngan serai
Kowg ptt terai ok



ayam kurma tomato nalaaaaaaaaa rekekkk haha


mkn ngan nasi briyani ayam ni...pakai rempah yg siap pya je tu


  RESEPI KURMA AYAM TOMATO

BAHAN-BAHANNYA :
600 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
1 liter santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
1 keping asam gelugor
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar, belah 6
3 camca besar penuh rempah kurma ADABI
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
1 camca teh lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kurma, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun pandan, serai dan bahan tumis hingga wangi. Masuk bahan kisar + rempah tadi. Masak hingga terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut. Masukkan kentang, tuang santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah kerisik, kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga ayam masak dan kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air).
  3. Tambah asam gelugor, gula melaka, cili merah/hijau belah dan bawang besar. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kuah kurma pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti.  sumber 

4 ulasan:

  1. nak pindah duk sebelah umah akk la camni..
    sekian,
    yang benar..

    *adik yg lebih cun dr akak*

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nala rekekkk...hahahaha..terlioq aihh..mai nak p sambaq sepinggan kat rumah el dan od...

      Padam
  3. dikk sodapp nyee dikk
    ko rajin dik !
    hantaq umah akak sikit ;))

    BalasPadam