Rabu, 17 Oktober 2012

SHILA AMZAH DIBAYAR RM100,000 SETIAP PERSEMBAHAN DI CHINA


Penyanyi Shila Amzah menolak dakwaan kononnya dia menerima bayaran setinggi RM100,000 untuk setiap satu persembahan nyanyian di China. Pun begitu juara Asian Wavve 2012 ini tidak menafikan bayaran yang diraih disana jauh lebih lumayan berbanding bayaran di sini. Bagaimanapun Shila berkata, untuk persembahan di Malaysia mengekalkan harga sama seperti sebelum ini.
"Saya tak mahu komen pasal tu. Tapi apa yang boleh saya katakan bayaran di sana lebih tinggi dari bayaran yang saya perolehi di sini. Sebab disana untuk harga seorang selebriti atau penyanyi, layanannya berbeza.

"Senang kata, kalau di Malaysia saya ikut harga Malaysia. Kalau di China saya ikut bayaran di sana", jelas Shila Amzah sekali gus menjawab mengenai perubahan harga untuk satu-satu persembahannya di masa akan datang.

Shila ditemui di majlis makan malam meraikan kejayaannya di One Hotel, Bandar Utama, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai projek di tembok besar China, Shila yang masih dalam proses berbicang mengenai kontrak dengan pihak pengurusan disana, memberitahu ada beberapa undangan persembahan yang telah diatur untuknya. Termasuk membuat penampilan di konsert penyanyi terkenal, Eric Mo. Selain dia juga dalam proses memilih satu single Mandarin dan sedang mengumpul material untuk album terbaru yang akan dirakamkan di sana nanti.

"Sepatutnya saya akan ke sana tak lama lagi. Tapi ada berapa urusan yang belum selesai di sini. Lagipun konsert Eric Moe di tunda sebab kerajaan China adakan satu konsert di Beijing kebetulan pula pada hari yang sama. Tambahan pihak kerajaan mereka tak membenarkan mereka adakan konsert lain", katanya yang akan kembali ke sana sekitar hujung November atau awal Disember ini.

Dalam pada itu sebagai persiapan, Shila kini sedang mempertingkatkan lagi penguasaannya dalam bahasa Mandarin. Malah dia baru ditawarkan oleh sebuah universiti di sana untuk mengikuti jurusan bahasa.



nota bijik:  skang aku lebih suka dgr lagu2 yg dinyanyikan oleh Shila Amzah compare ngan CT... sore dia sgt2 lah unik n sedap hehehe..she so lucky!!!!!!!

7 ulasan:

  1. wahhh stiap lagu rm100000?huhu...

    BalasPadam
  2. nyue pon suka dgr nyanyian shila amzah...huhuhu..

    kak el..masihkan akak igt kan nyue ni...maaf la lama xberkunjung ke sini..ke sini..ehehehee

    BalasPadam
  3. nak jadi PA dia boleh? 10% pun dah consider " mak cik Kayo " aku ni hahahaha....

    BalasPadam
  4. kak mane pegi. rendu tau :(

    BalasPadam
  5. So dah terbukti ada penyanyi lain yang lebih bagus dari CT Nurhaliza...

    BalasPadam