Jumaat, 6 Julai 2012

GAMBAR ELLA DAN BAKAL SUAMI



gambar dari rotikaya


Setelah lama bergerak ‘solo’, akhirnya Ella bakal menamatkan zaman bujangnya pada usia 46 tahun bersama seorang jejaka bernama Azhar, 30 tahun. Dikatakan, bakal suaminya ini adalah seorang juruterbang sebuah syarikat swasta. Amboi, untung jadi Ella ya.
Setakat ini, pihak media masih belum pernah menerbitkan mana-mana foto wajah bakal suami Ella. Namun, portal hiburan Murai hari ini telah menyiarkan sekeping gambar dipercayai wajah bakal suami Ella, Azhar. Lelaki didalam gambar tersebut kelihatan bergaya memakai cermin mata hitam sambil berdiri rapat bersama ratu rock tanah air ini. Digambar itu juga tertulis nota berbunyi, “Selamat Pengantin Baru Azhar & Ella – from Badrul Hashim.”
Menurut Murai lagi, foto tersebut telah diambil dari laman Facebook milik Badrul Hashim, pengurus kepada Diddy Hirdi & Kay. Ini menguatkan lagi bukti bahawa lelaki didalam gambar tersebut adalah Azhar kerana Badrul Hashim juga adalah salah seorang dari orang dalam industri hiburan.
Untuk pengetahuan, Ella akan bernikah pada hari esok (7 Julai 2012) bertempat di rumah keluarga Ella di Klang dengan wang hantaran sebanyak RM50K. 

6 ulasan:

  1. Tahniah dan Selamat pengantin baru utk Ella.

    BalasPadam
  2. 50k hantaran dia...uiiyoo..makin berusia makin tinggi ler sahamnya..hihi.

    Semoga kekal lah jodohnya dunia akhirat..

    BalasPadam
  3. congrats for both of them.. :)

    BalasPadam
  4. ehem..bertuah Ella..hantaran pun tinggi.. :)

    BalasPadam
  5. Tahniah dan selamat berbahagia

    BalasPadam