Selesai sidang akhbar yang berlangsung penuh dramatik tengahari
tadi, Anzalna dilihat bergegas keluar selepas ditemubual sebentar oleh
Melodi. Namun, OHBULAN! dan beberapa rakan media lain berjaya
menghubungi Anzalna.
“Puas hati lah juga dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Saya
memang mahu bersalam dengan dia (Neelofa), namun dia kelihatan seperti
tidak setuju,” ujar Anzalna ketika ditanya mengenai situasi yang
berlaku.
Anzalna turut menyuarakan perasaan syukurnya selepas perkara ini
yang telah mencemarkan imejnya telah pun selesai dengan aman tanpa
perlu dipanjangkan lagi.
“Bagi saya, ini semua hanyalah dugaan. Benda ini terjadi pada saya
terlalu awal, jadi lepas ni saya akan lebih berhati-hati apabila
memberi kenyataan pada media. Alhamdulillah ianya berlaku awal pada
saya, jadi saya akan belajar dari kesilapan.
“Saya pun tak mahu panjangkan cerita, kalau Neelofa mahu saya minta
maaf bersyarat, saya ikut saja sebab itu jalan yang terbaik,” ujar
Anzalna lagi.
Ditanya adakah Anzalna menyesal dengan kenyataannya pada Berita
Harian yang telah menyebabkan isu ini terjadi. Pantas Anzalna menjawab,
“Saya tak menyesal terlanjur cakap, ini hanya dugaan. Saya redha dan
tabah menghadapinya.”
Dibawah adalah skrip permohonan maaf Anzalna Nasir terhadap Neelofa.

nota bijik: hahahaha n3 psl weols muncul kendian eh..
nikmatilah berita sensasi ni dulu ahaks..
aku xdpt nk g blog2 uols..sbb tersgtlah bz..insyallah malam nti aku terjah eh...
rindu bangat kt uols..xoxo

hmm macam macam la depa ni kan/ kak jgn lupa visit rumah kita hehe
BalasPadamtak tatau mana yg betul, mana yg salah..lgpun,2-2 mak x minat. Mujurrrr. Ha ha ha
BalasPadammngada2 nak maaf bersyarat..ko sape..?? bagus sgt ke....xsuka ar nyue...xkira la salah sape..ishh...maaf la k.el kdng2 nyue ni time over abis ayat kuar...
BalasPadamaku suka tengok anzalna ni. sweet. Sori. tak minat neelofa
BalasPadambermaaf-maafan laa...itukan lebih baik... :)
BalasPadamaperlah gegaduh dah la 2,2 pun cun!
BalasPadam