Ahad, 10 Jun 2012

SIAPAKAH MENTOR AKHIR 6??



Yeahh! Ahad ini bakal berlangsung pentas akhir Mentor 6 di Stadium Malawati, Shah Alam yang bakal menyaksikan 3 protege iaitu Zatul, Anas dan Caroline berentap bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000!
Ketiga-tiga protege ini masing-masing mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Seperti yang kita lihat, protege kepada Ella, Caroline, walaupun nampak seorang yang pemalu, namun apabila berada di atas pentas, dia mampu memukau seluruh audiens dengan persembahannya yang mantap.
Namun lain pula ceritanya dengan protege kepada Faizal Tahir, menurut khabar angin yang kami dengar dari mulut peminat-peminat Faizal Tahir sendiri, mereka mengundi Anas kerana minat mereka kepada Faizal Tahir. Ada juga yang mengatakan bahawa Anas tidaklah sehebat mana sehinggalah kepada persembahannya yang lepas, lagu asal Sudirman iaitu “Merisik Khabar” telah berjaya dibawakan dengan penuh emosi dan bertenaga.
Tidak mahu mengulas panjang kerana kami sendiri bukan juri, tapi andalah juri sebenar yang layak untuk mengundi. Mari kita lihat protege manakah yang bakal menerima undian tertinggi dari pembaca OHBULAN! lepas ini ya!
Siapakah Bakal Juara Pentas Akhir Mentor 6?
Aku vote for Zatul...whatever result is go go Zatul ahaks
Saksikan Mentor Akhir mlm ni pukul 9 malam

2 ulasan:

  1. Agak2 siapalah pemenangnya nanti,kan. hee :D

    BalasPadam
  2. el mama tak sabar nak tonton mentor mlm ni..mama pun minat FT tu !!!..hukk2x..

    BalasPadam