Jumaat, 1 Jun 2012

PEMBANTU RUMAH CAMPUR DARAH HAID DALAM KOPI MAJIKAN


SINGAPURA: Seorang pembantu rumah rakyat negara jiran mengaku bersalah mencampur darah haid ke dalam kopi majikannya.

Dia dipenjarakan selama sebulan semalam atas perbuatan itu di kediaman majikannya pada 31 Ogos tahun lalu lapor The Straits Times. Mahkamah diberitahu Jumiah mahu menukar majikan selepas bekerja dengan keluarga itu selama satu setengah bulan. Bagaimanapun, permintaannya ditolak. Dia kemudian mencampur darah haidnya ke dalam minuman majikannya. Dia menyangka majikannya akan bersikap lebih baik dengannya selepas meminum minuman itu dan bersetuju untuk menghantarnya kembali ke agensi pembantu rumah.


Dia meletakkan darah haidnya dalam botol plastik pada 26 Ogos dan menyimpannya.


Lima hari kemudian, dia mencampurkan bahan itu ke dalam kopi majikannya yang berusia 37 tahun yang kemudian meminumnya sebelum pergi bekerja.


Perbuatannya itu terbongkar apabila ibu majikannya menemui botol berisi cecair berkenaan dan menyoal Jumiah mengenai kandungan itu. - Straits Times


nota bijik: paham2 lah negara jiran mn kan...bluweekkkkk mau muntah derrr

10 ulasan:

  1. errkkk...geli kot...
    geram la diorang ni..

    BalasPadam
  2. oic...terukk tolll punye orggg...jahat sgt22...
    ee..geram bc...

    BalasPadam
  3. bluwekkkkkk.. memang gilossssss. sian majikan tu noh dok minum darah haid. tak tumbuh siong plak.

    BalasPadam
  4. Aiyooooo...LOYA MAK!!!!

    BalasPadam
  5. melampau betul diaorg ni..........tapi mende2 kotor ni tak yah mandrem..ari2 kasi confirm bengong....takut!!

    BalasPadam
  6. Ya ampun.... Apa nak jadilah!!

    BalasPadam
  7. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Kurang ajaq! Tenyeh kat muke die plak baru die tau indah x indah dunia nih..

    BalasPadam
  8. eeeiii.teringat satu cerita masa studi dulu..ada sorangnie kata muka penuh jerawat n tanya sorang sahabat mcm mana nak ilangkan jerawat2?org2 kata guna darah haid..tak munasabah...yarkkk golilah..

    nie mmg marah toll kat majikan.gaknya kene dera ker?

    BalasPadam
  9. ehem..kurang ajar kan perbuatan mereka..hukk2x..mama yg baca pun naik darah..

    BalasPadam