Khamis, 21 Jun 2012

IQRAM DINZLY HOS BARU JALAN-JALAN CARI MAKAN MUSIM BARU

sumber
 
Diam tak diam, program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sudah pun memasuki musim ke-19! Program kali ini cukup istimewa kerana bukan sahaja menampilkan 4 segmen menarik dalam memperkenalkan tempat dan restoran yang patut dikunjungi, malah para penonton juga akan ditemani dengan seorang pengacara baru yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanahair.
Selepas Shiha (Mentor 5) bergandingan dengan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih) sebagai perantara musim lalu menggantikan Qushairi Razali (Qi), nantikan pula kemunculan pelakon muda popular Iqram Dinzly merangkap hos musim baru JJCM yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2012.

Mulai 1 Julai ini, setiap episod mingguan akan membuka tirai dengan segmen pertama yang dikenali sebagai ‘Lain Macam’ yang akan membawa para penonton dan penggemar makanan ke beberapa buah restoran tempatan termasuklah tempat makan menarik yang menyajikan makanan enak dan istimewa di samping mempelajari cara menyediakan serta rahsia keenakan setiap juadah pilihan.

Ikuti penggembaraan Iqram yang akan membawa penonton menjelajah ke destinasi selera bukan sahaja di sekitar kawasan Lembah Klang malah di negeri-negeri seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang cukup sinonim dengan resepi unit serta juadah tempatan yang selalu dijadikan sebagai menu pilihan pencinta makanan.

Musim ini juga lebih menarik kerana setiap lokasi yang dikunjungi mempunyai cerita unik yang tersendiri seperti yang cuba ditampilkan menerusi segmen kedua, ‘Siapa Itu?’ di mana Iqram akan ditemani oleh seorang artis atau selebriti jemputan di dalam setiap episod mingguan. Aiman Hakim Ridza, Wan Sharmila, Izreen Azminda, Adam Shah adalah di antara yang bakal membuat penampilan khas dalam JJCM kali ini.

Saksikan bagaimana gelagat Iqram melayan kerenah para peminat dan penonton bertuah yang telah dipilih untuk tampil dalam segmen ketiga JJCM yang dikenali sebagai ‘Jemput Makan’. Dalam setiap episod yang dipaparkan pihak produksi JJCM akan memilih seorang tetamu jemputan khas menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM atapun para peminat yang sering menghantar emel untuk memberi komen ataupun cadangan kepada program JJCM. Menariknya, mereka yang terpilih juga boleh membawa pasangan masing-masing ataupun ahli keluarga untuk menemani mereka merasai sendiri kelazatan juadah di restoran dan kedai makan yang digemari ataupun baru pertama kali dikunjungi.

Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, ‘Singgah’ yang akan memaparkan kedai makanan yang unik dan lain daripada kebiasaan seperti warung kecil popular ataupun gerai berkonsepkan santai dan ringkas di tepi jalan termasuklah restoran bergerak seperti lori “dapur bergerak” yang terletak di jejambat Pusat Bandar Damansara yang mampu menyajikan makanan untuk 1,000 pelanggan dalam satu-satu masa.

Pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim baru program Jalan-Jalan Cari Makan, setiap Ahad, 12.00 tengahari, bermula 1 Julai 2012. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my




nota bijik: biar betul si Iqram ni jd hos baru JJCM..ha xde org lain ke..
sejak si Shiha ngan pasangan dia jd hos..aku xminat dah tgk JJCM w/pun b4 ni mmg peminat tegar JJCM taim si Qi jd hos...
cer amek Jehan Miskin tu ke..not bad gak..lawak gak dia..ha Dato Fazley tu ke...Zizan ke..
Siti Sara pun ok...ha hos 'Best in The World' tu sape eh Razif..cool gak
yelah kita xmo borin2 tgk food2 ni..nak enjoy betul x..hahahaha
ok ok weols tgk dulu caner Iqram jd hos..kalo x best..kita tulis surat layang boikot JJCM
kahkahkahhhhhhhhhhh


Razif 'Best In The World'...dia ni mmg kelakar gilasss
sng amek aku je lah..boleh?lalalalala





15 ulasan:

  1. yeay!!! akhirnye abis gak musim si shiha ngn mamat tu..xminat lgsung nk tgk JJCM sbb diorang jd hos..
    paling best Qi laaa...
    tapi klu bg si Razif ni tgkla smpai berpeluh2 die..haha..
    hakak saye ni jgn bg jd hos..kang xckup sejam siaran kang..haha

    BalasPadam
  2. eee tak sukanya. elok elok si Qi tu pg tukar org lain. haha best in the world tu mmg sampai melelh air liur tgk dia mkn haha. kak el apa kata kita 2 org jd hos kn kita suka mkn haha

    BalasPadam
  3. adoiiii berisilah c Ikram tu nanti. Sapa2 jadik hos JJCM atau rancangan makan2 ni konfirm berisi. Hehehehe

    BalasPadam
  4. ehem yg best & sesuai jadi pengacara JJCM tu serina@ maria tengku sabri !!!yg lain2 mama tak berkenan..hikk2x..tak menarik dah..apasal lah penerbit JJCM ni?..ahaha..tukar2 pengacara terus tak best !!!..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha betul tu mama...serisna..maria n qi mmg sesuai..
      skang ni tgk hos baru2 ni ntah hape2...xenjoy lgsg tgk JJCM
      w/pun food dia sedap tp kalo hos tu xreti nak amek hati penonton...ikut sedap theyol je..ha bosan kan mama..hahahaha
      amek DD alias or raja azura pun sempoi gak..derang kan lawak hahahaha

      Padam
  5. last haku tgk JJCM mase si Qi jadi hos..pastu terus tak layan dah sebab haku dah sibuk dengan JJCM haku plakk...huhuu

    BalasPadam
  6. Razif mmg best jadi hos.....kne dgn mood nak mkn..heheh
    shiha n mamat buat kita down nk tgk jjcm..borink kot !
    qi bleh la2....

    BalasPadam
  7. dah lama tak tengok JJCM ni.. dulu taim maria rajin gak tercangak depan tv.

    BalasPadam
  8. aku suka maria sorang je. qi pun aku tak minat. tapi pehal nak suka ke tak suka. bior le kan, kalau letak aku jadi hos. mau jahanam jjcm tu.

    BalasPadam
  9. wahhh... dia wajib wat aksi lazat tau bila mkn annti ahhaha

    BalasPadam
  10. untunglah kalau dapat progrm jjcm nie..iqram agak2 sesuaitak??sama2 kita tgkjerlah

    BalasPadam
  11. aah macam x caya iqram lak jadi hos .. boleh ke ?? huhu
    akk dah lama x tgk .. entahlah , rasa macam x best aje uuhuh

    BalasPadam
  12. masih suka dgn pengacara asal. sapa nama, mariah tengku sabri kan? hehehe

    BalasPadam
  13. dh lama x tgk JJCM ni, x best mcm dulu, huh...

    BalasPadam
  14. semalam dah tgk jjcm..not bad iqram jadi host..tgk dia makan...sampai telan air liur..good job..

    BalasPadam