Rabu, 6 Jun 2012

GAMBAR PERNIKAHAN NURUL WAHAB DAN ERIC DEPP

KUALA LUMPUR, 6 JUN 2012: Hari ini menjadi tarikh keramat buat penyanyi hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau nama komersialnya Nurul Wahab apabila secara rasminya telah menjadi isteri kepada jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47 atau Eric Depp.



 
Nurul Wahab telah selamat diijab kabulkan dengan Eric Depp dalam upacara akad nikah serba ringkas yang telah diadakan di Dutches Place, Jalan Ampang, di sini sebentar tadi.
Dengan hanya sekali lafaz berwalikan hakim, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh kadi dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Azizan Othman bersama mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran Euro 5,000 atau RM20,000.


Pihak pengantin perempuan turut menerima lima bentuk hantaran daripada pihak pengantin lelaki, manakala Eric Depp telah menerima tujuh hantaran sebagai balasan.
Nurul Wahab ketika memberi tahu portal murai.com.my berkata, dengan pernikahan itu maka dengan ini rasmilah dirinya bergelar Puan Nurul Depp, bagaimanapun akan tetap menggelarkan dirinya sebagai Nurul Wahab di dalam industri seni hiburan tempatan.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan akhirnya saya dan Eric Depp telah disatukan seperti yang kami impi-impikan selama ini.


"Diharap perkahwinan ini akan menjadi kenangan yang cukup manis, terakhir dan akan kekal untuk selama-lamanya. IsyaAllah," katanya yang cukup anggun dengan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan solekan daripada Deq Sha. Manakala Eric Depp telah menyarungkan sut rekaan Bon Zainal.


Serba sederhana tetapi tetap meriah, majlis akad nikah telah dihadiri 200 tetamu jemputan, di mana dekorasi pelamin telah ditaja oleh Zaha Wedding Planner, manakala kek direka khas oleh Sid Haliza daripada I Can Bake Magic.

Lebih meriah apabila acara telah dihadiri kedua ibu bapa Eric Depp iaitu Roland Depp dan Germaine Depp yang tiba dari Perancis, manakala sebahagian besar keluarga Nurul Wahab telah sampai dari Pulau Pinang sejak petang semalam.


Bercerita mengenai destinasi bulan madu, Nurul Wahab berkata mereka berdua akan meraikan hari bahagia berkenaan di Pulau Bali bermula minggu depan sehinggalah tamat durasi percutiannya pada 20 Jun depan.

Malah kata Nurul Wahab, selepas Bali dia dan suami akan meneruskan penjelajahan bulan madunya ke beberapa destinasi lain yang masih belum diketahui lagi.
"InsyaAllah majlis resepsi sebelah pihak lelaki yang hanya akan dihadiri keluarga dan rakan sebelah pihak lelaki bakal diadakan di Bali minggu depan dan disitulah juga destinasi bulam madu kami berdua.


"Memandangkan Eric adalah anak tunggal dalam keluarganya, InsyaAllah jika diizinkan Allah kami mengidamkan untuk memiliki dua atau tiga cahaya mata. Semua itu terserah kepada rezekiNya,' katanya terharu.

Majlis telah diacarakan oleh dua teman rapat Nurul Wahab iaitu personaliti TV dan juga penulis lagu popular Shah Shamshiri serta turut ditemani Ieda Moin menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.  





Tahniah nurul dan eric. Weols doakan both of u bahagia smpi hujung nyawa. Jagalah rumahtangga ngan baik2 

6 ulasan:

  1. mak aihhh
    dikk
    ekekke
    akkk aminnkan doa koo dik ! .. ;)

    BalasPadam
  2. zassssss.. tiada lagi nurul 'ajai' ye.. ini laki die dah mcm adik badik johnny depp da ni.. ;p

    BalasPadam
  3. Mcm tu punya mewah dikatakan diadakan dlm suasana sederhana?? Waaaaaa...klu camtu punya sederhana, camna la plak klu 'sederhana' taraf kita2 ni yeh??

    Huhuhu..

    BalasPadam
  4. Tahniah buat nurul..semuga berbahagia hingga akhir hayat..amin..

    BalasPadam
  5. moga kekal bahagia..selamat pengantin baru...moga kekal ke akhir hayat.....amin

    BalasPadam