Khamis, 28 Jun 2012

ELLA AKAN BERKAHWIN?


Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norizal Aminudin, 46 tahun dikhabarkan akan berkahwin dengan seorang jejaka yang mempunyai kerjaya sebagai juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan swasta pada 7 Julai ini di kediaman perempuan berlokasi di Klang, Selangor.

Memetik laporan rakan media, Murai, Ella & jejaka yang dikenali sebagai A itu telah dilihat menghadiri kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara pada 3 & 4 Mac yang lalu.

Pelontar suara Baldu Biru ini walau bagaimanapun masih belum mengesahkan sebarang berita mengenai perkahwinan ini. Pada OHBULAN, sekiranya apa yang disampaikan oleh saksi adalah benar, apa salahnya Ella mengaku. Perkara elok tak baik disorok, kan?

Ella merupakan salah satu penyanyi wanita yang berjaya memecah rekod sebagai Bestselling dengan jumlah jualan mencecah 300 000 ribu semasa zaman kemuncaknya melalui album Ella USA. Jasa Ella dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia mendapat penghargaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian pada tahun 2003. Selain itu, Ella turut menerima Pingat Setia Mahkota Pahang pada tahun 2010.sumber
 
 
nota bijik: aku kalo g karok kan suka sgt nyanyi lagu2 ella
yg best lagu dia..NURI..GEMILANG...PERMATA BIRU
asyekkk sggh...eh sengol2an pun aku bedal gak..mas idayu rempittttttttt 
wakakakakakaka
 
 

4 ulasan:

  1. molek le tu kawen. lelama sengsorang pun idak best benornya.

    kawin ar baru best. baru l ghork!!

    BalasPadam
  2. cayala ella...aku pun sama minat sgt dgn ella hehe

    BalasPadam
  3. Semoga berbahagia lah. Bila dh berumahtangga ni jgn cerewet2 sgt, hehe..

    BalasPadam
  4. ehem tahniah buat ella..dia tak jemput org klang ke?..ahaha..

    BalasPadam