Khamis, 7 Jun 2012

DRAMA WARIS

 
Masih ingat lagi dengan drama seram berjudul “Kekasihku Seru” lakonan Fizz Fairuz, Emelda Rosmila dan juga Datin Paduka Umie Aida? Aku x nah miss drama seram ni...nilah drama seram pertama yg aku kira sgt best dan sgt2 menyeramkan.


Drama bersiri 13 episod ini telah memenangi anugerah “Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009″ dan kini sebuah sekuel terbaru berjudul “Waris”.

 
Apa yang menarik, drama “Waris” ini masih mengekalkan barisan pelakon yang sama termasuklah Hairi Othman, dan Kuza. Antara pelakon yang ditambah pula ialah Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan juga Fadzrin Danial (Amar).

SINOPSIS DRAMA WARIS

Diarahkan oleh Kabir Bhatia, sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.

Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.

Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.

Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris? 

Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton Waris bermula 14 Jun, setiap hari Khamis jam 10.00 Malam di TV3.


nota bijik: aku masih x bape sihat..bdn sgt2 weak..smlm MC..rini keje..
tp xmo penin2 nak wat keje..rs nak pi rest kejap...pakej ngan penin, batuk, dmm sejuk panas huhuhu

10 ulasan:

  1. alorhh...suke layan cite seram..
    tp kang mule la xleyh nak tido..hihi..
    get well soon kakak cayunk.. :)

    BalasPadam
  2. aku ni kalau jenis episod misod ni susah benor nak ikut. kalau amirul nonton sama mesti dia buat pangai bila nak tidoq.

    BalasPadam
  3. uncle kalau drama tv3..mmg kureng sikit...ntah lah..kenapa...tapi kalau hawaii five-0 ..kalau buat drama maraton dari pagi hingga ke malam..mmg berulat punggung uncle tercongok depan tv hahahahha (kes nak tengok kono jer)

    BalasPadam
  4. eh waris ni.. macam pernah tayang kat tv je kak?citer ulang tayang ke?

    BalasPadam
  5. CERITA SERAM..?OH TIDAKKKKK,BUI TAK TENGOK SBB PENAKUT..HAHAHA

    BalasPadam
  6. feveret story nie... dah lame menunggu sambungan nye... harap2 menepati expectation... seram yg mengganggu minda.. hehehe..

    BalasPadam
  7. mama harap el dah sembuh skrg ni..mama tak berapa suka layan citer seram..hu2x..

    BalasPadam
  8. NI sekuel dari Kekasihku Seru (KKS)...
    Semalam...tgk citer ni...dah mula teringat kat KKS...
    Marissa kan melahirkan kembar lelaki dan perempuan...
    Seperti biasa...anak perempuan tu kena pisah lah..sbb taknak si WARIS tu jadikan kekasih...
    Jadi Sara tu, anak si Marissa yang diberikan kepada orng....nenek sedara dia si Mas Suri yang bagi...
    Nenek dia (Mas Ayu) dah hilang dan bergabung tenaga dengan WARIS...

    BalasPadam
  9. saya suka menonton kekasihku seru..........

    BalasPadam
  10. tak miss tapi sesekali lari sbb takuutt hehehehe

    BalasPadam