Sabtu, 16 Jun 2012

DRAMA NAZIHA


Rindukan kelibat Izara Aishah dalam drama bersiri selepas berakhirnya Vanilla Coklat? Malam ini penantian anda bakal berakhir dengan barisan 13 episod drama baru.
 
Bermula 15 Jun 2012, melalui slot Zehra di TV3 9.00malam, sebuah drama bersiri berjudul Naziha akan mengambil tempat menggantikan tayangan drama Bunga Bunga Syurga.

Naziha menampilkan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Zain Saidin, Amar Baharin, Nik Zaris Nellydya, Nadia Kesumawati dan Mustapha Kamal.
Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan dari OrangeTree Production dan sentuhan skrip Zarihah Hassan. Gambar Izara Aishah sekitar sidang media baru baru ini untuk tatapan anda.


Sinopsis Drama Naziha
Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian?
Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?


sumber

8 ulasan:

  1. ada nonton kejap semalam. tapi Aleesya dok kacau. then nak jahit bunga karipap kat koler baju kurung aku tu. last citer tu dok tayang aku nak jeling jeling pun tak dan aih..

    BalasPadam
  2. Xtgk pon cite ni kak..
    Comeynye izara ni.. :)

    BalasPadam
  3. smlm tgk episod 1 citer ni..rsammgbest la citer ni

    BalasPadam
  4. Aiman tgk cite ni El .. sbb ada Izzara Aishah. Dah gatal anak KC tu kan. kahkahkah.

    BalasPadam
  5. wahhh sedap nie
    huhuhu akk dah jarang layan drama2 nie .. bila mlm sebuk ngan blog dan anak2 ekkeke .. blogger tegar kan ;))

    BalasPadam
  6. oh..bru tgok cte ni smlm..haha

    BalasPadam
  7. Tengok sekejap je semalam. Bila baca sinopsis ni macam best pulak cerita ni :D hehe

    BalasPadam
  8. ehem..mama terlepas lagi..hu2x..mcm best je ceta ni..thanks EL..

    BalasPadam