Rabu, 20 Jun 2012

ATOK KECEWA CINTA - HAMPA


BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu. 

REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


 nota bijik: perghhh atok hebat kamooo leh bercinta ngan gadis 16taun
haiii atok2..agak2lah nak bercinta pung...gadis 16taun lg tu...atok ni sewel ke x ni?hahaha
sian pun ada..nak gelak pun ada..sabarlah atok pasni carilah yg age beh kurang atok
xde lah dia cari bf lain ok



 
 

15 ulasan:

  1. adoi 60 dengan 16 jauh beza tu atok oi. buek malu orang kampung den yo :p

    BalasPadam
  2. budak umo 16 tahun..dpt bopren yg lbh ensem dimatanya, blah la dia dr atok ni.

    Sian atok nih..

    BalasPadam
  3. Atuk sedar lar diri tue, adeh.. Orang muda mmg suka main2. :(

    BalasPadam
  4. mak aihhh x leh terima sbb 16 tahunn
    nampak sgt terang2 atuk dah kena tipu
    macam mana dia leh ingat budak tuu nak kawin ngan dia erkkk even berjanji !
    huhuhuh tulah dunia
    adakalanya manusia hilang pertimbangan dan x pandai nak menimbang
    huhuh ciannnnnnnnnnnn atuk
    duit habis melayang , perasaan macam dah kena koyak ! :(

    BalasPadam
  5. haih.. tak tau eden nak kato mcm mano. dok wat polis report tu nak buktikan pakebendanyer? ishh.. memang nak gelak la. tapi, mesti atok ni ada anak & cucu kan..

    apa la perasaan anak cucu dia bila nengok luahan hati atok ni yer?

    BalasPadam
  6. eeeee....x padan ngan tua...padannn laaaa

    BalasPadam
  7. kesian jugak kat atok tu sebenarnye.maybe niat dia baik nak tolong budak tu.hurmm

    BalasPadam
  8. Salah sendiri lah. Dia dh lama makan garam...takkan ler tak dpt nk bezakan cinta sejati ngan bukan, mm
    Niat baik nk tolong pelajar tu tp yg gi bercinta tu wat apa?? Hubungan mcm antara atok ngan cucu udah ler...tingin gak nk mencuba nasib!! Gini ler gayanya..

    BalasPadam
  9. adeh atok.. atok.. tu la tolong sebab ada udang dalam mie.. kan dah terkena sulu

    BalasPadam
  10. atok nie gedik ah atok..ekekekeke..

    BalasPadam
  11. sian pun ada... nak gelak pun ada... tapi tulah tok, budak2 camtu mmg bukan serius pun, nak main2 aje adalah kan...

    BalasPadam
  12. sabo jelah... 16 thnk tu.. kalau 36thn tu sedap le jugak dengornya.. hehe

    BalasPadam
  13. aduyai... atok..oh atok...

    BalasPadam
  14. ehem kesiannya atok tu..memang tak sesuai pun atok dgn budak 16 tahun tu..hu2x..

    BalasPadam
  15. hadei tak tau nak cakap apa dahhh..kalo haku pon haku larik kott...kahhhhh

    BalasPadam