Isnin, 28 Mei 2012

WARDINA TERIMA PANGGILAN LUCAH




KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

4 ulasan:

  1. MasyaAllah.. perbuatan dia memang memalukan dan mengaibkan..

    BalasPadam
  2. Mcm2 duagaan yg si wardina ni hadapi kan?? Moga dia kuat dan tenang hadapi semua dugaan yg tak terduga ini

    BalasPadam
  3. AKU

    hurmm mule2 suke dan hormat dia ni. tapi lama2 mcm menyampah pon ada. nak kata aku tergolong dalam org yang mencemburui dia jauh sekali.tapi tengok je lah dia, dapat panggilan lucah pon nak beritahu paper.itu kan satu dugaan istighfar dan duduk diam shj la.siap cabar kata nak jumpa la mcam2.nanti orang tuh timbul depan mata barutahu.kalau betol dia islamic dia pasti tahu peranan wanita dalam islam.jangan la berani sangat sampai macam tu.timbulkan bahaya.

    BalasPadam
  4. ehem..tak tahu mama nak kata apa..semuga wardina tabah dgn ujian2 ini..

    BalasPadam