Sabtu, 12 Mei 2012

PLATE NOMBOR PENDAFTARAN WWW - HARGA 500K

 
 
  PUTRAJAYA: Pembidaan untuk plate nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" hanya bermula pada 30 April tetapi nombor giliran hampir habis dijual.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.
"Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.
"Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter," katanya.
Nombor giliran diperlukan bagi orang ramai yang ingin mengemukakan bidaan mereka untuk nombor pendaftaran dan dijual pada harga RM10 setiap nombor.
Bidaan hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Kuala Lumpur di Wangsa Maju, Bandar Sri Permaisuri dan Maju Junction.
Mohd Nadzri berkata satu nombor giliran adalah sah untuk satu tawaran bidaan sahaja dan meramalkan bahawa nombor pendaftaran "WWW" boleh menarik tawaran setinggi RM500, 000.
"Kami telah menerima beberapa tawaran bidaan melebihi RM400, 000," katanya tetapi enggan mendedahkan nombor tersebut.
Kementerian Pengangkutan menjangkakan plate nombor pendaftaran "WWW" bakal memecah rekod sebagai yang paling mahal.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata salah satu sebab orang ramai begitu berminat dengan nombor pendaftaran ini ialah kerana ia adalah singkatan di Internet atau "World Wide Web'.
"Berdasarkan minat yang ditunjukkan, kami percaya nombor pendaftaran ini tidak akan hanya menjadi rebutan, tetapi akan mencatat rekod untuk harga tempahan tertinggi.
"Nombor "angka tunggal" seperti WWW 1, WWW 3, WWW 8 serta WWW 11, WWW 33 dan WWW 88 dijangka akan menjadi rebutan," katanya.
Bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan di negara ini setakat ini adalah MCA1, dibeli dengan harga RM300,100 pada tahun 2010, mengatasi rekod sebelumnya dikeluarkan di Terengganu sebanyak RM242, 000 untuk nombor pendaftaran TAY1
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.


nota bijik: byk2 no plate WWW ni kan
aku suka WWW 31 sbbnye...31 tu cam EL la kunun E tu 3...1 tu L
cantek gak kan hahahaha...kamoo org ada no plate cantek ke?

5 ulasan:

  1. humang aih ...sampai ratus ribu nak beli plet nombot huhuhuuuu ..

    BalasPadam
  2. x kesah sgt no plat.. janji ada jer.. x sanggup nak beli mahal2. heheh
    www mmg comel kan?
    cukup lah gnes www.gnesop.com yg dah ada.. hehehe

    BalasPadam
  3. rasa paling ramai bid number WWW 888 :)

    BalasPadam
  4. Masa mak nk beli cik debab putih tu, mmg ada gak terdetik nk tunggu no plat WWW kuar, baru nak pki keta. Tp bila dihitung kira lbh kurang 1 thn lg baru smpi no 2, heh..berjaman lg mau tunggu

    Sementara nak tunggu plat www tu, cik debab mak yg dah pki 1 thn nih pun dah luncai. Hua hua hua

    BalasPadam
  5. Woo...tak sanggup ler nk speselkan no plat kete..hehe..

    BalasPadam