Selasa, 15 Mei 2012

KEPALA PELAKON YATT MELEKAT PADA SEJADAH


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

 Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

nota bijik: semoga kita sama2 amek iktibar dgn apa yg beliau alami..smoga dpt jugak hidayah pd kita smua..insyallah amin..dulu teringin gak nk dpt cam yatt ni..tp bila bc kisah2 derang yg nah alami cam ni..xmo arrrrr takut..takut nak tgk huhuhuhuhu...Allahuakbar

8 ulasan:

  1. alhamdulillah. smoga kisahnya mjadi iktibar buat kt semua..

    el..lya duk kemaman j..

    BalasPadam
  2. Moga dpt dijadikan iktibar buat kita semua. Seram je dgr. Huu >.<

    BalasPadam
  3. As-Salam perkenalan..peringatan untuk kita semua..inshaALLAH..:-)

    BalasPadam
  4. nyue seram sejuk bc psl Yatt nie...betapa besarnye kekuasaan Allah S.W.T.
    Semoga cerita dia boleh dijadikan ikhtikar buat semua wanita..

    BalasPadam
  5. ehem..semuga kisah yatt dpt dijadikan panduan..hu2x.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah , segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam.. Bersyukur kita pd Ilahi krana telah memberikan hidayah dn petunjuknya kepada kita . sehingga kita dapat berubah ..:)
    SubhanAllah , betapa agung nya kebesaran-MU ..
    bEtapa beratnya siksaan Mu kepada umat yg mengingkari perintahmu ..
    ~SYUKUR KEHADRAT ILAHI~

    BalasPadam