Jumaat, 18 Mei 2012

KAHWIN MUDA KASIHANI AYAH


BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Ekin itu berkata, dia yang berasal daripada keluarga miskin sanggup menjadi isteri kepada rakan sekampungnya yang dikenali sebagai Izat pada usia yang masih mentah walaupun sedar bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Saya anak sulung lima beradik dan adik bongsu saya baru berusia dua tahun.

“Demi keluarga, saya sanggup berkahwin pada usia muda supaya bebanan terpaksa ditanggung ayah lebih ringan apatah lagi dia sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. 
 
Menurutnya, biarpun mengambil keputusan berkahwin, dia dan suaminya bakal berjauhan kerana suaminya itu kemungkinan melanjutkan pelajaran ke Perak selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini. 
 
 
 
nota bijik: haiii felik aku...kata kawin nak ringan beban ayah..tp bila dah kawin berjauhan pulak...then sape lak tanggung dia...ok ok mayb budak pompuan tu ada keje sndiri kot. aku lak terlebih riso...muahahaha yelah kan tgh muda...laki jauh..pulak laki dia g sambung study..mcm2 lah dia jumpa kt tmpt belajo tu nti...haaaaa kan eeee mcm2lah..doa yg terbaik sudah hehehe

9 ulasan:

  1. nyue pon pelik....mungkin ad kelebihan drp perkahwinan itu..risau gak..berjauhan dgn suami..suami pon muda ag...kuatkan lah hati dia...takut yg sebaliknya !

    BalasPadam
  2. takpe la tu dah tertulis di luh mahfuz.. dah sampai jodohnya.Mulut orang?memang takkan boleh ditutup.sampai masa dorang penat, dorang benti sendiri :)

    BalasPadam
  3. Dah sampai jodoh dia kot..sbb2 berkawen awal tu, mgkin hnya dia dan keluarga yg lbh mengetahu.

    BalasPadam
  4. ingatkan nih cerita kamu...
    hahahah...

    jom follow makneng

    BalasPadam
  5. mungkin budak pompuan tu nak duduk umah mertua dia kot. betul kata hang tu. doa yang baik baik sajalah

    BalasPadam
  6. been thinking the same point too..hehe

    BalasPadam
  7. aduh pelik juga kan ..
    hurmm macam2 hal dunia skrg ..
    semoga dia bahagia dan kita sama2 doakan yg terbaik buat remaja ini .. aminn

    BalasPadam
  8. ehem..bahaya bila dah kahwin tapi berjauhan..ha2x..kalau mama, mama ikut kemana hb mama pegi..hikk2x..

    BalasPadam
  9. agaknya beban dosa kot kak. kan klau dh kawen tanggungjawab dosa kita suami yg tanggung :)

    BalasPadam