Ahad, 20 Mei 2012

HAFIZ JUARA KONSERT AKHIR MANIA



KUALA LUMPUR, 19 MEI 2012: Juara Akademi Fantasia musim ke 7 (AF7), Hafiz telah menjadi pilihan para pengundi untuk ditabalkan sebagai juara Mania yang pertama dalam Konsert Akhir Mania yang berlangsung sebentar tadi.

Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip, 22, turut merangkul gelaran Superstar Mania sekali gus menewaskan 4 finalis lain dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu. Kemenangan Hafiz telah diumumkan oleh hos Mania, Aznil Hj Nawawi.

Dengan kemenangan ini, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Tempat kedua menjadi milik Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir. Bekas juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi Mania.

Tempat ketiga pula dirangkul Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito. Juara Malaysian Idol itu membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Berikut adalah lagu-lagu yang disampaikan oleh para finalis Mania pada konsert akhir sebentar tadi

Empayar Biru

Jaclyn Victor: 1) Arjuna (Dewa) duet bersama Tiar Jinbara
2) Kenangan Terindah (Samsons) + Gemilang (Jaclyn Victor)


Empayar Merah

Stacy: 1) Takkan Melupakanmu (Radja)
2) Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti) duet bersama Fiq Mentor


Hazama: 1) Saat Ku Idamkan (Amy Search)
2) Kepadamu Kekasih (M.Nasir) duet bersama Datuk Hattan


Empayar Hijau

Hafiz: 1) Beribu Sesalan (3 Suara) duet bersama Sarah Raisuddin
2) I Believe I can Fly (R.Kelly)


Aril: 1) Starlight (Muse)
2) ISabella (Search) duet bersama Ari Lasso


Dua lagenda Superstar iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings hadir sebagai artis undangan pada final ini. Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan medley lagu-lagu ciptaan para produser muzik Mania manakala kumpulang Wings menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru dan Romania.

Konsert Akhir Mania, turut dipancarkan secara langsung ke saluran Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.



nota bijik: dah agak dah Hafiz menang pya..tahniah pd beliau..perghhhh kayolah beliau ahaks

4 ulasan:

  1. tahnniah buat nya
    kayoo kejap ..
    setengah jutaaa tuu ! .. ;)

    BalasPadam
  2. aku sempat jeling skit je semalam laki tengok bola..

    BalasPadam