Jumaat, 4 Mei 2012

GAMBAR SAMSUNG GALAXY S3

 

Samsung telah melancarkan telefon Android terbarunya, Samsung Galaxy S3 beberapa jam yang lepas pada satu acaranya di London. Telefon ini menggunakan pemproses terbaru Samsung yang baru diperkenalkan sebelum ini iaitu pemproses empat teras Exynos 1.4GHz Cortex-A9. Ditawarkan dengan dua warna iaitu ‘Marble white’ (putih) dan ‘Pebble Blue’ (biru gelap), telefon berbentuk ‘candy bar’ ini dijangkakan akan berada dipasaran global pada hujung bulan ini.


Disebalik penggunaan pemproses terbaru mereka iaitu pemproses Exynos dan RAM dengan kapasiti 1GB, Samsung juga masih menggunakan antaramuka mereka iaitu TouchWiz UI dengan Android 4.0.4 ( ICS ). Dikatakan telefon ini akan mempunyai 3 variasi iaitu dengan memori dalaman 16GB, 32GB atau 64GB dan menyokong tambahan kad memori sehinggga 64GB. Selain ciri-ciri asas yang disertakan oleh kebanyakan telefon pintar Android ketika ini seperti Bluetooth, GPS dan WiFi, Samsung turut membekalkan telefon ini dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 2100mAh. Resolusi kamera utama pula sebesar 8 Megapiksel dengan kamera pendua 1.9 Megapiksel. Dengan keupayaan merakam video dengan kualiti HD sehingga 1080p, ianya sangat menarik dan pasti lebih cantik apabila dipaparkan pada skrin Super AMOLED dengan resolusi 1280×720 dan saiz skrin 4.8″ nya. Telefon ini juga menyokong rangkaian LTE dan buat pengetahuan pengguna setakat ini di Malaysia hanya DiGi sedang menaik taraf rangkaian mereka bagi menyokong jalur LTE.


Telefon terbaru Samsung S3 ini diperkenalkan dengan beberapa ciri-ciri menarik bagi memberikan pengalaman baru pada pengguna. Antaranya ialah ‘Pop up play’ iaitu kebolehan yang menggunakan sepenuhnya kuasa pemproses Exynos dimana anda boleh melakukan kerja pelbagai bilang ( multitasking ) iaitu bermain video secara ‘pop up’ pada skrin aktiviti lain yang anda lakukan.

Dengan teknologi ‘Smart Stay’ pula, telefon ini mengesan mata anda dimana ianya mengawal cahaya keterangan skrin contohnya sewaktu anda sedang membaca artikel atau e-book dan secara automatik ianya akan memadam skrin jika anda tidak melihat skrin atau tertidur.

Ciri ‘Direct Call’ pula dapat membantu anda membuat panggilan secara automatik tanpa mendail hanya dengan mengangkat telefon ke telinga anda. Contohnya apabila anda sedang menaip pesanan ringkas pada seseorang dan tiba-tiba anda berubah fikiran, anda mengambil keputusan untuk terus bercakap dengannya, anda hanya perlu mengangkat sahaja telefon anda menghampiri telinga anda dan ianya akan terus mendail orang berkenaan.

Terdapat juga ciri lain seperti ‘Social tag’ dimana telefon ini mengenali rakan anda hanya melalui gambar dan secara automatik memaparkan segala informasi mengenainya seperti nombor telefon dan emel. ‘S Voice’  pula aplikasi yang menggunakan sepenuhnya arahan suara dalam Android bagi membantu anda melakukan aktiviti seperti menaip pesanan ringkas menggunakan arahan suara, membantu mengatur peringatan jam dan sebagainya. ‘S Beam’ pula merupakan teknologi dimana anda boleh memindahkan gambar, muzik, video atau lain-lain kepada pengguna Samsung Galaxy S3 yang lain hanya dengan mendekatkan kedua-dua belakang telefon berkenaan antara satu sama lain.


Samsung Galaxy S3 ini akan berada di pasaran global pada penghujung bulan ini namun tidak diketahui lagi berapakah harga yang akan ditawarkan untuk pengguna Malaysia. 

more info klik SINI




nota bijik: ha ni lah pujaan ati ku dok tgu2...elehhh cam la mampukan
tgk je lah org dok pakai hp cangih2 ni...huhuhu

10 ulasan:

  1. Nmpak menarik nie..pakai smartphones mmg jimat gila..tmbah kalau samsung nie leh install software 'viber' kalau ✗ salah aku..leh wt phone call free serata dunia..tp kena ada internet subcription..maxis 20hengget jer sbln kalau nk subscribe..:)

    Insyaallah one day hg leh memilikinya..:)

    BalasPadam
  2. Fuyoooooooooooooooooooo!!
    Merasa tgk je ler wok oiiii..
    Weih aku dah komen panjang lebor kat entry mood susah hati ang erkk..
    Be strong dear..
    Aku syg ko..
    ;)

    BalasPadam
  3. iphone tetap dihati. huhu kak belila iphone. iphone takde virus :p

    BalasPadam
  4. ehem..mama pun teringin nak memiliki salah satu dr yg diatas..ha2x..bilalah baru dapat..kan mama dah berhenti kerja..agak2 el..adqa tak sesiapa nak adiahkan kat mama satu..hikk2x..

    BalasPadam
  5. waaaaaaaaaaaaa bukan main layiee samsung niee
    tau2 aje akk nak beli ekek
    perasannn lah pulakkk huhuhuh

    BalasPadam
  6. banyak betul model telefon sekarang ni...cun2 belaka.
    tapi akak still dgn basic functionnya aja...hihi

    BalasPadam
  7. nak jgkkkkkkk.....blnje k.el...he3

    BalasPadam
  8. Berapa harganya sekarang?

    BalasPadam
  9. jom join this grup for user Samsung.
    Samsung Club
    Share or Ask anything about ur Samsung.
    https://www.facebook.com/groups/243233029136364/

    BalasPadam