Sabtu, 5 Mei 2012

GAMBAR PERNIKAHAN SCHA AL YAHYA DAN AWAL ASHAARI TERBARU

 GAMBAR PERNIKAHAN SCHA AL YAHYA DAN AWAL ASHAARI








Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya (29) bersama pasangannya personaliti tv, Ahmad Awaluddin Ashaari, atau Awal Ashaari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside, tepat jam 9:17 malam tadi dengan mas kahwin berjumlah RM2050 tunai. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Salman Bin Yusof. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.
Majlis dimulakan tepat pada pukul 8:40 malam dengan upacara ceramah berkaitan rumah tangga yang diberikan oleh jurunikah. Scha Al-Yahya tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden berwarna putih manakala Awal Ashaari segak sekali mengenakan baju Melayu moden. Kedua-dua pasangan ini mengenakan rekaan Saiful Bahri.
9 dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju melayu, coklat dan kek. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa set barang kemas Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior dan manisan kurma beserta kek. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.
Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di New York mulai 8 – 18 Mei 2012 kerana Scha sendiri teringin untuk menjejakkan kaki ke sana. Scha dan Awal berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.



Tahniah! Awal Ashaari  dan Scha Al Yahya. 
Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa..insyallah ke shurga



lagi gambar PERNIKAHAN Scha Al Yahya dan Awal Ashaari klik SINI



lagi gambar PERSANDINGAN Scha Al Yahya dan Awal Ashari klik SINI


update 21/5/12 gambar HONEYMOON Scha klik SINI


5 ulasan:

  1. cantek schaa.......



    miss u el....lama x dtg sini <3

    BalasPadam
  2. Moga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke anak cucu

    BalasPadam
  3. moga kekal hingga k akhirat..
    baju scha simple..tp cun sgt

    BalasPadam