Isnin, 21 Mei 2012

GAMBAR GHAIRAH NORA DANISH - MOHON MAAF


Susulan penyiaran gambar-gambar ghairah Nora Danish melalui majalah Glam edisi Mei/Jun 2012 semasa dia mengerjakan umrah di tanah suci Mekah baru-baru ini, akhinya pelakon jelita ini membuka mulut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Memetik kenyataannya kepada Kosmo, “Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya. Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya.”

Tambah pelakon ini lagi, sesi photoshoot ini untuk majalah tersebut telah diambil sejak awal tahun ini.

Dalam artikel berlainan pula, Nora Danish menafikan bahawa dia adalah orang ketiga kepada punca kegagalan rumahtangga antara Ady Putra dan isteri ekoran dakwaan orang ramai yang melihat keakraban mereka melalui foto-foto ketika menunaikan umrah.
“Saya dan Ady hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Ady, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi. Ady sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya,” jelas Nora lagi.

Sebagai pengetahuan, Ady Putra dan Nora Danish adalah duta kepada syarikat pelancongan yang dilantik oleh kerajaan untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia, iaitu Triways Travel.

sumber


nota bijik: bkn ape rs felik pulok..ms amek gambar sexy tu xdelah beringat eh..dah buat baru beringat...haiiii xpelah dah mintak maaf..lenkali waspada ok ND..aiii minat u taw..kahkahkahhhhh

9 ulasan:

  1. tak pe lah maafkanlah dia. bior dia mintak ampun kat allah. sian dia kalau kita marahkan dia, nanti kena bako aurat tu.

    kita pun bukannya sempurna mana pun. sama samalah ambil iktibar.

    BalasPadam
  2. moga berubah.. itu pun memadai kan dari org yg kutuk2 dia tanpa mendoakannya.. =)

    BalasPadam
  3. x tau plak aku pasal crita nih.. hahhaha

    BalasPadam
  4. biasalah retis kan..
    alahai drama korea tu sama plk masa kat one hd..tak leh layan

    BalasPadam
  5. ehem..semuga dia tak kan mengulangi kesilapan itu..mama pun minat nora..tapi kesian dia teruk kena hentam pasal kes adi putra tu..

    BalasPadam
  6. kita doakan dia akan terus berubah ke arah yg lebih baik dari sblm ni...

    BalasPadam
  7. sabar aje lah itu semua nya dugaan atas dunia nie. disana nanti tak tahu lagi macam mana hukuman nya .hanya allah aje yang tahu.....

    BalasPadam
  8. Semoga Allah memberi rahmatnya kepada hambanya kita di akhir zaman

    BalasPadam