Sabtu, 26 Mei 2012

GAMBAR ANAK EKIN DAN MAWI TERBARU

TIADA ayat yang mampu menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya pasangan ini saat menerima khabar berita mereka bergelar ibu selepas tiga tahun menanti.

Berbaloi penantian itu dirasakan apabila pada tanggal 28 Februari lalu, wajah zuriat comel mereka itu dapat ditatap buat pertama kalinya. Dinamakan dengan sepotong nama yang cukup indah, diam tak diam Cahaya Malaika kini sudah pun berusia tiga bulan.  

GAMBAR ANAK EKIN DAN MAWI TERBARU


Baik suami yang juga penyanyi popular, Asmawi Ani (Mawi), 31, mahupun isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33, kedua-dua menyifatkan kehadiran puteri kesayangan itu sebagai pelengkap rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 Disember 2008.

Mawi saat ditemui di kediamannya berlokasikan Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, pagi Rabu lalu, berkata, Cahaya bayi seorang bayi yang tidak banyak kerenah.
“Dia hanya menangis kalau nak susu, selebihnya dia akan tidur. Alhamdulillah, tidak susah nak menjaganya. Saya juga semakin biasa menguruskannya dengan Ekin. Bila sudah jadi ayah, hidup pun terasa lain.


“Setiap kali menatap wajah Cahaya, saya pasti teringatkan emak dan arwah ayah. Baru saya tahu betapa seronoknya ibu bapa kita apabila menjaga kita ketika kecil.

Cahaya adalah harta paling bermakna dalam hidup kami berdua. Saya berharap dapat menjadi ayah yang bertanggungjawab, membekalkan ilmu dunia dan akhirat buatnya, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Ekin memaklumkan, sebelum berkahwin lagi dia sudah membataskan karier seninya dan apabila bergelar ibu, Ekin mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan.

“Saya sudah tidak mahu berlakon lagi kerana mahu membesarkan anak sendiri. Komitmen saya sekarang selain keluarga adalah sebagai duta tudung Ariani. Beberapa hari yang lalu, saya baru saja terbabit dalam fotografi untuk koleksi terbaru Ariani.

“Tinggalkan Cahaya sekejap pun sudah buat saya resah gelisah, mujurlah emak dan nenek ada. Cahaya masih lagi menyusu badan tapi tidak susah tinggalkan dia kerana Cahaya lebih gemar minum susu badan menggunakan botol.

“Pengalaman menjadi ibu sangat membahagiakan saya, tambahan tiga tahun menunggu untuk dapatkan anak. Alhamdulillah, Cahaya anak yang senang sangat dijaga,” katanya.

Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini.

“Saya sedang dalam perancangan menyiapkan single pop terbaru berjudul Termolek, hasil ciptaan Datuk M Nasir dan liriknya ditulis Ad Samad.

“Kemudian pada Jun, penggambaran muzik video lagu ini akan dibuat seterusnya ditayangkan secara ekslusif di Astro. Untuk muzik video itu, Irwan iaitu pengarah bagi muzik video Tak Mungkin Berpaling yang pernah dinyanyikan saya secara duet dengan Zamani masih dikekalkan.

“Sejurus selepas pelancaran muzik video berkenaan, syarikat saya, MW Entertainment Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Arteffects Sdn Bhd untuk menghasilkan album Asmaa-Ul-Husna yang berkaitan iaitu nama-nama Allah SWT.

Tumpuan Mawi tidak terbatas kepada pembikinan album saja malah MW Entertainment Sdn Bhd sedang merencanakan telefilem terbaru, Siapa Dapat Lisa yang dibintangi oleh SepahTu dan Didie Alias. Sebelum ini, syarikatnya itu pernah menerbitkan drama Paknil Ibu Kirim Salam, Seruan Pulau Nami dan Jiwa Kacau.

“Alhamdulillah perlahan-lahan saya usahakan dan kini saya sudah boleh tersenyum dengan pencapaian MW Entertainment. Bermula dengan hanya menerbitkan program pengembaraan sendiri, Langkah Mawi dan sekarang saya semakin berani untuk lebih serius dalam penerbitan drama pula.

Sinopsis Siapa Dapat Lisa adalah sebuah telefilem yang akan ditayangkan pada 23 Ogos sempena sambutan Aidilfitri nanti. Ia mengisahkan dua pekerja bengkel yang cuba merebut hati seorang gadis jelita, Lisa yang baru saja berpindah ke kampung. Setakat ini, saya masih lagi tercari-cari pelakon yang sesuai membawakan watak Lisa.

“Konsep yang diketengahkan masih sama seperti beberapa drama yang pernah saya terbitkan sebelum ini iaitu komedi kerana saya suka menghasilkan sesuatu yang menghiburkan penonton. Tambahan pula, Siapa Dapat Lisa akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti justeru, bertepatan suasana hari raya yang meriah dan menggembirakan.

“Drama ini begitu menarik kerana tidak sekadar menampilkan SepahTu, tapi plot ceritanya juga berbeza yang mana perebutan antara dua lelaki itu penuh drama dengan elemen melucukan. Ia memaparkan gelagat Jep dan Shuib yang berusaha menambat hati orang tua Lisa semata-mata ingin mengurat gadis itu.

“Saya yakin penonton akan terhibur dengan lakonan mereka terutamanya apabila saya cuba menyuntik cara tradisional orang lama dalam usaha mendekati anak gadis orang dengan memenangi hati orang tua,” katanya.

Cenderung menerbitkan drama dan telefilem bercorak komedi, bukan bererti MW Entertainment Sdn Bhd tidak berkemampuan menghasilkan drama berat.

“Selepas raya, MW Entertainment Sdn Bhd akan memulakan penggambaran Bil Terakhir. Bil Terakhir ini mengisahkan apabila kita sudah mati, bil terakhir kita adalah amalan untuk dihitung,” katanya.



nota bijik: alolololo comey betul anak beliau..nama pun indah bangat seh...ermmm nak belilah anak tudung cam Ekin tu...hey el brani ke pakai? kahhhhhhhhhh

9 ulasan:

  1. Cahaya malaika sedap namanya

    BalasPadam
  2. comelnya.. cam muka sape eh?

    el, jom join GA mama pipie

    BalasPadam
  3. cahaya malaika seindah nama...:)

    BalasPadam
  4. Happy for them, lama gak menunggu kan....

    BalasPadam
  5. comel gils! cenonit je... mawi makin bulat nmpk nye

    BalasPadam
  6. comey toi anak mawi noh. geram aku tengok.ish.. nak balik cium anak aku la ni.

    BalasPadam
  7. Cahaya Malaika...sungguh cantik nama tu,secantik anugerah yang Allah berikan kepada Mawi dan Ekin...syukur alhamdulillah....

    BalasPadam