Rabu, 2 Mei 2012

FAEZAH ELAI DALAM 'MEMBERKU HAWA'


KOTEX® salah satu daripada jenama produk feminin paling terkemuka di dunia kini berusaha menghubungi golongan wanita muda sekali lagi melalui satu siri drama menarik lagi menyentuh perasaan berjudul ‘Memberku Hawa’ yang akan ke udara melalui saluran TV3 setiap Ahad dari jam 10.30pm hingga 11.00pm.


Membariskan barisan pelakon terkenal, Faezah Elai dan Nad Zainal akan melakonkan peranan watak utama Kay dan Hawa dalam siri drama KOTEX®. Drama mingguan yang dinanti-nantikan ini diarahkan oleh Bernard Chauly yang sememangnya terkenal dan berbakat dan diterbitkan oleh Lina Tan daripada Red Communications Sdn Bhd.

Berlandaskan pencapaian lampau dalam menghasilkan produk baru dan menerapkan pelbagai platform yang membolehkan kaum wanita mengenali diri mereka sendiri dengan lebih intim, KOTEX® kini bertujuan menghubungi lebih ramai kaum wanita melalui ‘Memberku Hawa’. Selepas baru melancarkan satu produk revolusioner, tuala wanita KOTEX® ProActive Guards yang membantu menyelesaikan masalah kebocoran, KOTEX® kini meneruskan usahanya untuk memperkasa kaum wanita setiap hari.

“Kami sentiasa ingin menggalakkan kaum wanita untuk mengekalkan identiti sendiri dan mengenali diri sebenar mereka. Perjalanan Kay dan Hawa pastinya satu perjalanan yang bukan sahaja dihayati semua malah turut memberi inspirasi kepada jutaan penonton,” tambah Edlyn.


“Memberku Hawa mengisahkan HAWA (Faezah Elai), seorang yang mempunyai sifat feminin yang kental. Dia berjuang untuk mendapat peluang bekerja sebagai seorang jurutera rangkaian di dalam dunia IT yang didominasi oleh pekerja-pekerja lelaki. KAY (Nad Zainal) adalah seorang wanita yang berjiwa riang. Dia secara tidak sengaja tersandung ke dalam dunia peragaan fesyen selepas mendapat kerja sebagai seorang pengurus model.
 

Sebagai kawan baik, mereka cuba mengimbangi cabaran hidup seseorang wanita yang baru bekerja, disamping menikmati bersama pengalaman hidup rakan akrab yang tinggal bersama. Sertailah kedua-dua wanita ini menempuh aliran hidup dalam Memberku Hawa dan hayati perjalanan mereka kearah meningkatkan keyakinan diri dan menyahkan sikap suka berkompromi yang akan membawa penuh makna kepada keperibadian mereka sendiri.


nota bijik: ahad lepas terlepas lak tgk cite ni..kan dah kritikal..penyakit lupa mmg xleh elak dah huhuhu



5 ulasan:

  1. tengok gitu2 jer.....suker gak tengok pesen diaorg ni

    BalasPadam
  2. tgk promo dia cam bes jek.. happy2 gitu.

    BalasPadam
  3. aku tengok episod lalu tu. nak gelak pun ada masa dia dok geram kat mustafa kamal. wohohoho gwlihati. tak sabaq nak tengok dia jadi lelaki plak paih ni. mesti best. harap harap tak dak gangguan.

    BalasPadam
  4. Samalah El...akak pun terlupa nk tgk episod yg baru ri tu, huhu...apalah kisahnya, ye..

    BalasPadam
  5. EL..mama ikut ceta ni..ok kan ceta ni..hikk2x..penyakit lupa mama dah jangkit kan El ke?..hukk2x..

    BalasPadam