Selasa, 29 Mei 2012

ELIA JEJARIRUNCING NAK KAHWIN?


Sedikit gosip ringan daripada kami. Setakat ini masih tiada sebarang kata-kata pengesahan daripada mulut Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 23 tahun mengenai perancangannya untuk berkahwin. Namun, seorang peminat memaklumkan bahawa Elia dipercayai akan melangsungkan perkahwinan berdasarkan sebuah artikel berjudul ‘Type-Less Thursday‘ dimana dia telah menghadiri ujian saringan HIV sebagai memenuhi prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan perkahwinan.

Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapakah Elia? Dia merupakan seorang wanita yang pernah singgah di dalam hidup penjaga gol Malaysia, iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Mengimbas kembali, ikatan pertunangan mereka telah diputuskan atas sebab peribadi sehingga membangkitkan kontroversi ekoran pelbagai kenyataan-kenyataan panas seperti yang dipaparkan dalam surat khabar mahu pun blog tempatan.

Sekitar Ogos tahun lalu, Elia mendakwa Apek mula berubah sikap terhadap dirinya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.

Kemudian, Apek telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan 3 hari selepas tamatnya perlawanan Malaysia Vs Singapura yang berlangsung pada 28 Julai 2011. Pada April tahun ini pula, Apek pernah memberikan kenyataan kepada wartawan URTV bahawa dia sudah single dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarganya terlebih dulu.

Berbalik kepada topik asal, kami percaya Elia juga telah belajar daripada pengalaman lalu dan tak salah rasanya jika kami ucapkan selamat berumahtangga kepada dia. Tahniah buat Elia!

sumber 


nota bijik: sejak Elia pakai tudung ni kan muka dia berseri2...dulu xpki npk comot skit..hehehehe then nape eh derang pggey Dahlia TECK...teck stand for what hor?hehehe


9 ulasan:

  1. tahniah buat dia.. nampak lain la bila bertudung...

    BalasPadam
  2. dah nak tawen?? Tawen dgn siapa yek..? Jeng..jenggg..jenggg

    BalasPadam
  3. mungkin jodoh dia dgn org yg lebih baik kan :)

    BalasPadam
  4. ada hikmah dia purus dgn apek...
    apek pon..dgn dahlia dh xde kan.. pastu gosip dgn sape tu nma..model myk wngi simplysity tu...

    dahlia teck..teck tu bkn nama dia eyh?? ingt nma ayah dia..

    BalasPadam
  5. hahaha... terkesima kejap aku ngan tajuk tu. Elia jejari runcing. sapa la plak ni. paih hang cita yg dia ni ex tunang apek baru leh recall. nak jugak aku tengok jejari dia yang runcing tu.

    tak pe la kan. Apek kan dah kata yang penting "dia wangi" ( iklan minyak wangi ss). aku pun wnagi gak tau.bluwekkkkkkkkk

    BalasPadam
  6. panasssssssssssss gossip. 23 bru haih..

    BalasPadam
  7. Tahniah buat Cik Elia. hehe :)

    BalasPadam
  8. Semogo jodoh dia ini adalah yg terbaik dari yg dulu...semoga dia berbahagia jika benar dia mahu berumahtangga tak lama lagi..

    BalasPadam
  9. ehem semuga dia bertemu jodoh yg dpt menerima dia seadanya !!!..insyaallah..Tahniah..

    BalasPadam